Wednesday, January 20, 2010

Tahukah Anda?

Minum air semasa atau selepas makan boleh mengganggu pencernaan?

Jawapannya tidak. Tiada istilah air boleh mencairkan jus pencernaan atau menggangu proses pencernaan makanan. Malah, minum air semasa atau selepas makan boleh membantu proses pencernaan. Air atau cecair membantu memecahkan makanan yang dimakan dan membuatkan sistem pencernaan berjalan lancar. Selain itu, proses pencernaan juga akan menjadi lebih lancar jika anda mempraktiskan cara hidup yang sihat. Makan lebih banyak buah-buhan, sayur-sayuran dan bijirin. Kekalkan berat badan ideal dan jangan lupa untuk jadikan bersenam sebagai rutin harian anda.

Minuman Tenaga (Energy Drink) Boleh Meningkatkan Tenaga Anda?

Sekadar gambar hiasan

Tahukah anda apa itu energy drink? Energy drink ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga anda tetapi ia hanyalah untuk jangka masa yang singkat. Tenaga tersebut dibekalkan oleh kandungan gula dan kafien yang tinggi daripada minuman tersebut. Walaupun pelbagai jenis gula yang digunakan, ia tetap boleh menyumbang kepada berlebihan berat badan. Ini kerana, kuantiti gula yang tinggi akan menyumbang kepada kalori yang berlebihan.

Kandungan kafien yang tinggi juga adalah penyumbang kepada tenaga. Tetapi, jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan, ia boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan seperti berasa gementar, meningkatkan tekanan darah, sukar tidur, dan jantung berdegup laju.

Jika anda mengambil energy drink hanya untuk mengelakkan rasa letih, lebih baik pilih cara yang lebih sihat dan selamat dengan hanya dapatkan tidur yang cukup, senaman secara konsisten dan amalkan diet yang sihat/seimbang. Strategi ini bukan sahaja dapat meningkatkan tenaga, ia juga boleh membuatkan anda sihat sepanjang hayat.

Sunday, January 17, 2010

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA YANG BARU

1 SAJIAN BERSAMAAN DENGAN:

Nasi/mi/roti/bijirin/produk bijirin/ubi-ubian

  • 2 senduk/1 cawan nasi
  • 2 cawan bubur nasi
  • 1 ½ cawan bihun
  • 6 keping biskut krim kraker
  • 2 keping roti (putih/wholemeal)
  • 1 ½ cawan laksa
  • 1 cawan mi/kuey-teow
  • 2 biji ubi kentang
  • 2 keping putu mayam
  • 1 cawan ubi kayu/keladi

Buah-buahan

  • 1 biji sederhana epal/oren/mempelam/ciku/pir
  • 1 biji sederhana pisang berangan/montel
  • 2 biji pisang emas
  • 3 ulas durian
  • 8 biji kecil anggur
  • ½ biji jambu batu
  • 1 potong betik/nenas/tembikai
  • 4 biji kecik prune
  • 1 sudu makan kismis

Sayur-sayuran

  • ½ cawan sayuran berdaun hijau (telah dimasak)
  • ½ cawan sayuran berkanji (telah dimasak)
  • 1 cawan ulam (mentah)

Ikan/ayam/daging/telur

  • 2/3 cawan ikan bilis (tanpa kepala)
  • 2 kotak mancis daging (tanpa lemak)
  • 1 ketul aym (peha)
  • 2 biji telur
  • 1 sederhana ikan kembong/ikan selar
  • 1 keping ikan tenggiri
  • 2 ketul hati ayam
  • 12 biji telur puyuh
  • 2 sederhana sotong

Kekacang

  • 1 cawan dhal
  • 1 ½ cawan kacang hijau/kacang panggang
  • 2 keping tempeh/tau-kua/tau-hoo
  • 1 ½ cawan susu soya (tanpa gula)

Susu dan produk tenusu

  • 1 keping cheese
  • 1 gelas susu (rendah lemak/penuh krim)
  • 2/3 cawan susu sejat
  • 4 sudu makan susu tepung
  • 1 cawan yogurt