Monday, June 24, 2013

Tips Kesihatan di 'Musim JEREBU':

Gunakan Penutup Muka (Mask) ketika berada di luar (Outdoor)

Anda dinasihati sekurang-kurangnya menggunakan Penutup Muka jenis '3 ply'

Sekiranya ada, adalah lebih baik untuk anda menggunakan Penutup Muka jenis N95 kerana ia berupaya untuk menapis 95% dari partikal yg tidak diingini di dalam udara sebelum di sedut masuk ke dalam sistem pernafasan

Jagalah Kesihatan Diri Kita kerana Ia adalah Anugerah yang Tidak Ternilai.



Sunday, June 23, 2013

JEREBU ???


Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh campuran bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
* Bahan partikel yang bersaiz kecil
* Ozon
* Gas Karbon monoksida
* Gas Nitrogen dioksida
* Sulfur dioksida 

Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu:
- Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
- Sukar bernafas atau sesak nafas. 
- Mata pedih dan berair. 
- Hidung berair dan kerap bersin. 
- Kulit badan terasa gatal-gatal. 
- Sakit-sakit dada. 
- Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan





Saturday, June 22, 2013

TINDAKAN SEMASA JEREBU

Souce: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Thursday, June 20, 2013

TIP DIET


Emm..kenapa agaknya selalu kita di pesan supaya perbanyakkan makan sayur dan buah berbanding makanan yang bergoreng atau berminyak? Cuba perhatikan gambar di atas. Ia menunjukkan gambar perut manusia apabila kita makan minyak, ayam goreng dan sayur-sayuran dengan jumlah kalori yang sama. 
Ini jelas menunjukkan 400 kalori minyak dan ayam goreng hanya dapat mengisi sedikit sahaja ruang perut manusia berbanding 400 kalori sayur dan buah. Jadi, kita memerlukan makanan yang bergoreng dan berlemak dalam kuantiti yang banyak untuk memberi rasa kenyang berbanding dengan sayur dan buah. 
Selain itu, minyak dan lemak tidak mengandungi karbohidrat dan protein serta vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Manakala, sayur dan buah pula tidak mengandungi lemak. Sebaliknya, ia tinggi kandungan vitamin, mineral, serat dan air yang sangat diperlukan oleh badan kita agar kekal sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Atas alasan inilah kita disarankan untuk makan lebih banyak sayur dan buah dalam hidangan harian kita...



Tuesday, June 18, 2013

TIP DIET



Rasanya kita dah sampai kepada tip diet yang terakhir. Tipnya ialah, semasa makan hendaklah tumpu pada makanan sahaja. Jangan sesekali amalkan makan sambil membaca, tengok tv, bercakap telefon atau memandu kenderaan. Ini boleh mengganggu perhatian kita pada makanan yang dimakan. Ia boleh menyebabkan kita tidak sedar yang kita dah terlebih makan. Cuba ubah cara kita makan yer...Selamat mencuba kesemua tip yang dah diberikan.


TIP DIET



Tip ketujuh ni lebih kurang sama la dengan tip keenam kat bawah yer. Cuba amalkan makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit setiap kali waktu makan. Untuk elakkan rasa lapar yang cepat, ambillah snek di antara waktu makan utama. Jangan lupa makan sayur untuk melambatkan proses penghadaman dan melambatkan rasa lapar. Dalam sehari kita boleh makan 4 hingga 6 kali iaitu 3 waktu makan utama (sarapan/makan tengahari/makan malam) dan 3 snek (minum pagi/minum petang/supper). Cara ni boleh tolong kita kawal pengambilan kalori harian dan juga gula dalam darah. Tapi dengan syaratnya kita kene makan dalam kuantiti yang sedikit dan tingkatkan pengambilan serat seperti sayuran dan buah-buahan. Jom ubah!



TIP DIET



Emm..tip keenam untuk hari ni ialah...makanlah snek yang sihat dan berkhasiat. Kadang-kadang kita boleh pilih snek yang agak mahal tapi masih mampu untuk beli bagi memastikan kita akan makan dengan kuantiti yang sedikit. Tapi, kalau nak makan snek yang biasa pun boleh cuma perlu pastikan yang kandungan kalori tidak lebih dari 300 kcal untuk setiap hidangan snek yang kita nak ambil tu yer. Contoh snek yang sihat ialah yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, kuih yang tak bergoreng (cth: popia basah/apam/pau), kacang panggang, roti atau biskut krim kraker. Biasanya, snek ni boleh diambil di antara waktu makan utama iaitu selepas sarapan pagi, selepas makan tengahari dan selepas makan malam. Ia boleh mengelakkan rasa lapar yang terlampau sementara menunggu waktu makan utama seterusnya dan boleh kawal kuantiti kalori yang diambil pada waktu makan utama. Jadi, cara pengambilan snek yang sihat ni boleh bantu kita kurangkan berat badan dengan mudah dan selamat...



Monday, June 17, 2013

TIP DIET


Tip yang kelima pula...alihkan pinggan atau mangkuk hidangan anda dari meja makan selepas selesai sahaja waktu makan. Sebab, jika hidangan anda masih berada di meja makan akan memudahkan anda makan untuk kali kedua dan ketiga. Jadi, simpan lebihan lauk atau makanan yang telah siap dimakan di dapur untuk mengelakkan ianya berlaku. Anda boleh makan untuk kali kedua, ketiga atau seterusnya tetapi ia memerlukan anda berjalan untuk dapatkan makanan tersebut. Ini juga salah satu cara bagi kurangkan pengambilan kalori harian anda. Mudah kan...


TIP DIET



Tip keempat pula adalah...makan hanya makanan yang di letak di dalam pinggan sahaja. Jangan sesekali makan dari bekas simpanan seperti bekas kerepek, keropok, popcorn dan potato chip. Ini akan menyebabkan anda makan dalam kuantiti yang berlebihan. Ambil sedikit masa untuk mengisi makanan anda ke dalam pinggan yang bersaiz kecil dan hanya makan mengikut kuantiti yang sederhana sahaja. Cara ini boleh membantu anda menjimatkan pengambilan kalori harian. Seterusnya boleh membantu anda menurunkan berat badan sedikit demi sedikit dengan pengurangan pengambilan kalori harian. Selamat mencuba! 


Monday, June 10, 2013

TIP DIET




Kita kongsi tip diet yang ketiga pula. Tipnya adalah, makan hanya di meja makan sahaja. Jangan sesekali makan sambil membaca, search internet, tengok tv atau bercakap di telefon kerana ia akan membuatkan kita  tidak sedar berapa banyak pengambilan makanan kita terutamanya makanan ringan yang tinggi kandungan kalori. Jika kita amalkan tip ni, mungkin kita boleh kurangkan pengambilan kalori sebanyak ~100 kcal setiap kali makan. Nampak mudah kan..Jom ubah! 


Thursday, June 6, 2013

TIP DIET



Jom berkongsi tip kedua pula. Sebelum ni dah pernah kongsi mengenai gunakan pinggan yang bersaiz kecil semasa makan supaya makanan nampak banyak. Bila kita gunakan pinggan kecil, makanan yang diisi akan nampak lebih banyak kerana ia memenuhi setiap ruang pinggan yang kita gunakan tu. Ini adalah salah satu teknik bagi mengelirukan mata dan otak supaya tidak terlebih makan dengan sengaja. Dengan cara ni, kita boleh kawal berat badan dengan mengurangkan ~ 100kcal untuk setiap kali waktu makan. Selamat mencuba...


Wednesday, June 5, 2013

Apa sebenarnya Dietitian buat yer...hehe..just sharing..

Sebenarnya, banyak yang dietitian buat bergantung pada work field masing-masing. Contohnya, clinical dietitian akan bekerja di hospital atau klinik & jumpa pesakit dari pelbagai latar belakang dengan pelbagai status kesihatan. Catering dietitian pula akan membuat plan menu berdasarkan status pesakit. Sport dietitian pula akan memberi nasihat kepada atlet berkenaan diet yang boleh membantu mengoptimumkan prestasi sukan dan memulihkan kecederaan jika berlaku.  Community dietitian akan mengadakan ceramah, melawat rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan bagi memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga pemakanan yang sihat. Freelance dietitian akan mengendalikan pesakit atau orang awam dari pelbagai latar belakang samada di klinik, sektor swasta atau tempat awam. Research dietitian akan membuat penyelidikan berkenaan dengan bidang kesihatan.  Tapi, macamana mereka boleh membantu anda? 

  1. Mendidik dan menasihati orang ramai tentang bagaimana makanan dan tabiat makan yang sihat boleh mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan yang optimum.
  2. Mendidik dan menasihati pesakit tentang bagaimana diet terapeutik dan terapi pemakanan boleh meningkatkan pengurusan keadaan mereka.
  3. Mengira keperluan pemakanan individu berdasarkan status kesihatan masing-masing.
  4. Menganalisis kandungan nutrisi makanan.
  5. Merangka pelan pemakanan dan memanipulasi resipi kepada yang lebih sihat dan berkhasiat.
  6. Menyampaikan ceramah kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak dan kumpulan pesakit.
  7. Memberi pendidikan kesihatan kepada golongan profesional berkenaan penjagaan kesihatan tentang makanan dan isu-isu pemakanan.
  8. Bekerja dengan syarikat-syarikat besar untuk menyokong kesejahteraan program untuk kakitangan.
  9. Menasihati jabatan katering tentang keperluan pemakanan tertentu.
  10. Menjalankan klinik pesakit luar di hospital atau klinik untuk pesakit yang telah dirujuk oleh perunding hospital, doktor atau pelawat kesihatan.
  11. Menasihati atlet tentang bagaimana diet boleh mengoptimumkan prestasi dan pemulihan daripada kecederaan.
  12. Membuat lawatan ke rumah-rumah anak yatim/orang tua/kebajikan masyarakat.
  13. Menyediakan maklumat, risalah dan bahan-bahan promosi yang lain.
  14. Menulis untuk media, media sosial dan perhubungan awam.
  15. Menjalankan penyelidikan yang berterusan.
  16. Memberi khidmat nasihat kepada industri makanan dan farmaseutikal.





TIP DIET



Jangan makan terlalu cepat sebab badan kita memerlukan kira-kira 20 minit untuk menghantar signal ke otak menyatakan perut sudah kenyang...Jika kita makan terlalu cepat, badan akan ambil makanan lebih dari keperluan. Jadi, cuba amalkan makan secara perlahan dengan kuantiti suapan yang kecil...InsyaAllah, kita boleh kawal berat badan...Selamat mencuba!