Wednesday, May 22, 2013

KEBAIKAN PISANG


  1. Mempunyai 120-140 kalori dan 2 g protein dalam sebiji pisang bergantung kepada saiz dan ini boleh membekalkan tenaga kepada badan.
  2. Sumber potassium yang baik (~580-600 mg) untuk menstabilkan tekanan darah badan kerana ia boleh merendahkan kadar garam dalam badan dan baik untuk tulang.
  3. Mengandungi vitamin C (~14 mg) sebagai sumber antioksida.
  4. Sumber vitamin B yang baik (thiamin, riboflavin, niacin)
  5. Membekalkan serat sebanyak ~3-4 g dalam sebiji pisang untuk merendahkan risiko penyakit berbahaya.
  6. Pisang mempunyai tryptophan iaitu bahan yang akan bertukar kepada serotonin dalam tubuh kita yang memberikan rasa tenang, mengembalikan mood dan membuatkan kita berasa gembira.
  7. Mengurangkan simptom PMS kerana is mengandungi vitamin B6 mampu menegembalikan mood kita.
  8. Mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dan boleh membantu pesakit anemia dengan meningkatkan kadar kemoglobin darah.
  9. Ia adalah natural antacid (meneutralkan acid dalam perut) yang mampu meredakan pedih ulu hati, reflux dan ulcer perut.
  10. Bertindak sebagai prebiotik (fructooligosaccharide) untuk meningkatkan bakteria baik dalam perut.
  11. Tinggi kandungan serat larut yang boleh mengelakkan daripada sembelit.
  12. Pisang dapat membantu perokok berhenti merokok kerana ia mempunyai vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang boleh mengurangkan ketagihan pada nikotin.
  13. Ia tiada lemak dan kolesterol.


Sunday, May 19, 2013

JOM KITA COMPARE ANTARA 2 PILIHAN SNEK NI. YANG MANA LEBIH BAIK?

Antara kacang dan kentang goreng, yang mana pilihan snek yang lebih sihat? Kalau ikut sedap tentulah kentang goreng kan.. Tapi, sihat ker pilih untuk makan french fries ni? Jom tengok perbandingan kt bawah ni...

Kacang
- Perlukan masa yang lama untuk dikunyah
- Mengandungi lemak dan serat yang perlukan masa yang lebih lama untuk dihadam
- Perut akan cepat kenyang dan lambat lapar sebab perlukan masa yang panjang untuk dihadam
- Jadi, kita akan makan kurang pada waktu makan seterusnya...

Kentang goreng:
- Mengandungi kanji yang senang dihadam
- Cepat tingkatkan kandungan gula dalam darah
- Badan akan keluarkan insulin untuk kawal gula dalam darah dan akan menyebabkan rasa lapar
- Jadi, kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya...

Kesimpulannya, buatlah pilihan yang bijak dalam memilih snek yang lebih sihat untuk badan kita. Jadi, pilihlah kacang dalam kuantiti yang sederhana kerana ia mengandungi lemak yang sihat dan serat yang tinggi sebagai snek harian kita instead of makan kentang goreng...Tapi, pilih kacang yang tidak digoreng dan tidak ditambah dengan garam yer!




KOPI DAN PARACETAMOL (PANADOL)

Kajian mendapati minum kopi bersama dengan ubat paracetamol boleh meningkatkan risiko kerosakan hati. Kafien yang terdapat pada kopi boleh bertindak balas dengan ubat tahan sakit tersebut untuk menghasilkan 3 kali ganda toxin dan menyebabkan kerosakan hati. Jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan, ia boleh menyebabkan kematian. Individu yang selalu mengambil paracetamol hendaklah menghadkan pengambilan kafein bagi mengelakkan kerosakan hati. Jadi, hati-hati yer...


Thursday, May 2, 2013

KATAKAN SAYA SAYANG PADA BADAN SAYA

Kalau kita rasa sayang pada badan kita, jom ubah cara makan kepada yang lebih berkhasiat dan seimbang. Penjagaan dari sekarang boleh mengelakkan pelbagai jenis penyakit. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan. Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan elakkan makan makanan segera. Lakukan senaman yang konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Jom ubah!!!

Sumber: FB

Tahukah anda?

Nasi lemak tinggi kolesterol?

Salah tanggapan tu! Nasi lemak tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol hanya terdapat pada sumber haiwan sahaja. Jadi, santan dalam nasi lemak adalah dari sumber tumbuhan. Ia bebas kolesterol. Tapi, ia tinggi kandungan lemak tepu. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh membantu peningkatan paras kolesterol dalam darah. Hadkan pengambilan nasi lemak kepada sekali seminggu sahaja. Atau, lebih baik jika digantikan dengan nasi putih yang bebas kandungan lemak.
KEBAIKAN SUSU IBU
Sumber: Google
 
Untuk bayi :
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Mengandungi kolostrum , susu awal yang dapat menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah perbagai masalah alahan seperti asma, muntah, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic (DHA) dan Asid Arachidonic (AA) yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu meningkatkan kecerdasan anak anda dan membantu penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang minum susu lembu.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu:
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Jimat. Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.  
  •  Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.