Monday, May 18, 2009

Tahukah Anda?

Awas! Gula Tersembunyi

  • Gula ialah pemanis utama yang digunakan di dalam kebanyakan makanan.
  • Gula tersembunyi biasanya terdapat dalam pembasuh mulut, aiskrim, gula-gula, pastri, biskut, susu pekat manis, jem, kaya, madu, minuman ringan, minuman manis, kuih dan sirap.
  • Gula juga biasanya ditambahkan kepada makanan semasa pemprosesan dan persediaan.
  • Gula jenis ini tidak memberikan rasa manis yang teramat tetapi, kandungan gulanya amatlah tinggi.
  • Gula yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan anda.

Sunday, May 17, 2009

TIP MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DAN KOLESTEROL DALAM MAKANAN

  1. Ambil susu atau produk tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak
  2. Gantikan butter, planta atau marjerin keras dengan yang lembut (soft marjerin yang tinggi kandungan monounsaturated fat dan polyunsaturated fat)
  3. Hadkan pengambilan kuning telur kepada 2 atau 3 biji seminggu
  4. Elakkan atau hadkan pengambilan otak, organ dalaman haiwan dan makanan laut
  5. Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan dan pilihlah minyak sayuran
  6. Buang kulit ayam dan lemak pada ayam dan daging
  7. Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak
  8. Pilih kaedah memasak yang sihat seperti rebus, bakar, panggang atau kukus. Pilih kaedah yang kurang menggunakan minyak
  9. Gunakan kuali yang tidak melekat (non-sticky) semasa menggoreng dan gunakan sedikit minyak sahaja
  10. Gantikan penggunaan santan dalam masakan kepada susu rendah lemak atau susu tanpa lemak


MINYAK OLIVE : APA KEBAIKANNYA KEPADA KESIHATAN ?

                Minyak olive mengandungi lemak tak tepu iaitu ‘monounsaturated fat’ yang dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Minyak olive bertindak dengan mengurangkan kandungan kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

                Menurut Food and Drug Administration (FDA), pengambilan 2 sudu besar (23 gram) minyak olive sehari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Ianya lebih baik jika digantikan untuk lemak tepu.

                Semua jenis minyak olive mengandungi lemak tak tepu iaitu ‘monounsaturated fat’, tetapi minyak olive jenis ‘extra virgin’ atau ‘virgin’ lebih baik untuk kesihatan jantung. Minyak olive jenis ini mengandungi lebih tinggi kandungan ’polyphenols’ iaitu sejenis antioksida yang baik untuk kesihatan jantung anda.

                Tetapi, minyak olive mestilah digunakan dengan betul kerana ia mempunyai ‘lower smoking point’. Ini bermaksud minyak olive tidak sesuai digunakan dengan api yang kuat semasa memasak kerana ia akan mengubah struktur chemical minyak tersebut yang boleh menyebabkan pembebasan radikal bebas dan bertukar menjadi lemak trans (trans fatty acid).  Minyak olive tidak sesuai digunakan untuk menggoreng (deep fry) dengan masa yang lama. Ia hanya sesuai untuk digunakan semasa menumis (stir fry) atau dimasukkan ke dalam salad.

                Oleh itu, pilihlah minyak yang baik untuk kesihatan anda. Kurangkan pengambilan minyak yang mengandungi lemak tepu dan gantikan dengan lemak tak tepu.

LEMAK: TAHU MANA YANG BAIK?

                Kebanyakkan makanan mengandungi beberapa jenis lemak yang berbeza termasuklah lemak tepu (saturated fat), lemak tak tepu (polyunsaturated fat and monounsaturated fat) dan lemak trans (trans fat).

Sesetengah lemak baik untuk kesihatan. Jadi, anda tidak perlu menghidarkan diri dari semua jenis lemak. Anda cuma perlu memilih lemak yang baik dan mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana. 

LEMAK BAIK

Apabila memilih lemak, pilihlah lemak tak tepu iaitu ‘monounsaturated fat’ dan ‘polyunsaturated fat’. Lemak jenis ini jika digantikan untuk lemak jenis lain, boleh mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung. Ia boleh membantu mengurangkan kolesterol darah.

Omega-3 adalah salah satu jenis ‘polyunsaturated fat’ (lemak tidak tepu) yang boleh memberi kebaikan kepada jantung. Omega-3 boleh mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan menolong mengurangkan tekanan darah tinggi.

Contoh-contoh lemak yang baik:

LEMAK BAIK

CONTOH-CONTOH

Monounsaturated fat

Minyak olive, minyak kacang, minyak canola, avocado, kekacang,  kacang

Polyunsaturated fat

Minyak sayuran (minyak safflower, sunflower, jagung, soya), kekacang, kacang

Omega-3 fatty acid

Ikan laut dalam (salmon, kembung, herring), kacang walnut

LEMAK JAHAT

                Lemak tepu (saturated fat) dan lemak trans (trans fatty acid) adalah lemak yang tidak baik untuk kesihatan. Lemak jenis ini boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung dengan meningkatkan paras kolesterol jahat darah (LDL). Kolesterol hanya terdapat pada sumber haiwan dan tidak pada sumber tumbuhan seperti minyak masak tetapi pengambilan lemak tepu yang belebihan boleh membantu peningkatan kolesterol darah.

Contoh-contoh lemak yang jahat:

LEMAK JAHAT

CONTOH-CONTOH

Lemak tepu (saturated fat)

Sumber haiwan (daging, ayam, telur, makanan laut, susu, produk tenusu, butter), sumber tumbuhan (kelapa, minyak sawit)

Lemak trans (trans fatty acid)

Miyak sayuran yang dihidrogenasi (biskut, cookies, kek), makanan bergoreng (donut, kentang goring), marjerin, shortening.

Kolesterol

Sumber haiwan (kuning telur, hati, otak, lemak haiwan, butter)


BERAPA KEPERLUAN LEMAK SEHARI?

                U.S. Department of Agriculture (USDA) dan Department of Health and Human Services (HHS) menyarankan pengambilan lemak tidak melebihi 35 % jumlah keperluan kalori harian. Jika keperluan kalori harian anda adalah 1800 kkal sehari, 35 % bermaksud 70 gram lemak sehari boleh diambil. Tetapi, anda haruslah melebihkan pengambilan lemak tidak tepu.

                Untuk lemak tepu pula mestilah dihadkan kepada 10 % daripada jumlah keperluan kalori harian. Manakala, pengambilan kolesterol pula tidak melebihi 300 mg sehari. Lemak trans pula hendaklah tidak melebihi 1 % jumlah keperluan kalori harian.

Sunday, April 26, 2009

TELUR BAIK ATAU TIDAK UNTUK KOLESTEROL DARAH ANDA?

                Telur mengandungi kolesterol yang tinggi. Diet yang tinggi kolesterol boleh menyumbang kepada meningkatnya tahap kolesterol dalam darah dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Walaubagaimanapun, kesahihannya masih lagi tidak jelas. Ramai saintis berpendapat bahawa makanan yang mengandungi lemak tepu (saturated fat) dan lemak trans (trans fatty acid) lebih banyak memberi kesan kepada peningkatan kolesterol darah berbanding makanan yang mengandungi kolesterol.

                Menjawab kepada persoalan tersebut, American Heart Association menggariskan bahawa, selagi anda menghadkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol daripada sumber lain (organ dalaman haiwan, otak, susu penuh krim, coklat, kulit ayam, dll)  , anda boleh menikmati satu biji telur sehari bersama diet yang seimbang.

                Faktanya, sebiji telur bersaiz besar mengandungi 213 mg kolesterol sebiji (kuning telur). Jika anda sihat dan tiada sebarang penyakit, anda disarankan mengambil makanan tinggi kolesterol tidak lebih dari 300 mg sehari. Bagi pesakit kencing manis, penyakit-penyakit kardiovascular  dan yang mempunyai  kandungan "kolesterol jahat" (LDL) yang tinggi, anda mestilah menghadkan makanan yang tinggi kolesterol tidak lebih dari 200 mg sehari. 

Oleh itu, jika anda makan sebiji telur sehari, anda mesti menghadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol yang lain untuk hari tersebut.

Jika anda gemarkan telur dan dalam masa yang sama ingin menjaga tahap kolesterol darah, anda boleh mengambil putih telur sahaja. Putih telur tidak mengandungi kolesterol. Selain itu, anda boleh membeli telur yang rendah kolesterol yang terdapat dipasaran kini.

Tahukah Anda?

Penghidap kanser tidak seharusnya mengambil susu atau produk daging?


  • Sebenarnya, penghidap kanser perlu mengambil pelbagai jenis makanan daripada semua kumpulan makanan.
  • Jadi, susu dan produk daging juga perlulah diambil dalam kuantiti yang betul dan mencukupi. Sumber protein ini baik untuk sistem imun dan membina otot baru.
  • Penghidap kanser  perlu mendapat khasiat makanan secukupnya untuk menentang kanser, menguatkan sistem imun dan daya ketahanan untuk menerima rawatan.

TIPS MUDAH BAKAR KALORI

Adakah anda tiada masa untuk membuat senaman? Cuba cara mudah ini yang tidak memerlukan spesifik masa untuk bersenam. Cara ini boleh dilakukan semasa membuat kerja-kerja harian yang lain dan dalam masa yang sama akan tetap mengekalkan kecergasan badan malah membantu untuk membakar kalori yang berlebihan.

  1. Bersenam 3 kali sehari selama 10 minit setiap kali (waktu pagi, tengahari atau lewat petang). Senaman ini boleh dilakukan hanya di dalam rumah seperti ‘streching’.
  2. Semasa di pejabat, lakukan senaman meja atau berjalan ke meja rakan kerja anda daripada menelefonnya.
  3. Gunakan tangga dan elakkan dari menggunakan lif dan escalator ke tempat kerja atau semasa membeli belah.
  4. ‘Parking’ kereta lebih jauh daripada tempat kerja atau tempat yang ingin dituju. Anda akan berjalan dari tempat letak kereta ke destinasi.
  5. Keluar berjalan-jalan selepas waktu bekerja. Luangkan lebih banyak masa di luar rumah daripada duduk diam di dalam rumah. Anda juga boleh berjalan-jalan di pusat membeli-belah (window shopping).
  6. Berhenti setiap jam apabila membaca atau menonton TV untuk melakukan aktiviti fizikal selama 10 minit.
  7. Basuh kereta anda sendiri. Ini boleh membantu untuk bakar kalori yang berlebihan.
  8. Lakukan kerja rumah dengan pantas seperti mengemas atau menyapu rumah.
  9. Berkebun atau memotong rumput dihalaman rumah. Ini juga dapat membantu anda mengeluarkan peluh dan membakar kalori berlebihan.
  10. Bermain bersama anak-anak pada waktu petang. Anda digalakkan supaya bermain bersama anak daripada hanya memerhatikan mereka bermain.

Ingat bahawa masih belum terlambat untuk bertindak sekarang untuk menjadi sihat!

Saturday, April 25, 2009

TABIAT MAKAN MALAM

Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan pagi dan makan tengahari tetapi ia seringkali di abaikan oleh sesetengah mereka yang sedang berdiet. Mereka beranggapan bahawa makan malam boleh menambahkan berat badan. Sebenarnya, tanggapan ini tidak betul kerana terdapat faktor-faktor lain yang akan menambahkan berat badan. Di antara faktor-faktor tersebut adalah makan dalam kuantiti yang berlebihan, makan makanan yang berminyak, berlemak, dan tidak melakukan sebarang senaman/aktiviti fizikal. Ini adalah factor sebenar yang boleh menyumbang kepada berat badan berlebihan/obesity.

Kepentingan makan malam

  1.      Membekalkan tenaga dan zat untuk keperluan tubuh. Pengambilan makan malam yang konsisten amat penting untuk memastikan tubuh mendapat tenaga dan nutrien yang secukupnya supaya badan boleh berfungsi dengan baik.
  2. .      Makan malam juga akan melengkapkan pengambilan makanan yang mungkin tidak cukup pada siang hari yang disebabkan oleh sibuk dengan kerja harian. Contohnya sayuran, buah-buahan, atau susu.
  3. .      Ia juga merupakan waktu yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga terutamanya anak-anak setelah seharian sibuk bekerja.

Adakah makan malam boleh menyebabkan berlebihan berat badan ?

Sebenarnya, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan menyebabkan pertambahan berat badan. Faktor yang menyumbang kepada pertambahan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira samada semasa sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.

Tetapi, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan oleh makan malam ialah  :

  • Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian menunjukkan makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.
  • Sesetengah orang tidak mengambil makan tengahari kerana berdiet. Ini akan menyebabkan mereka terlampau lapar pada waktu makan malam yang mengakibatkan mereka makan dengan banyak dan berlebihan.
  • Makan malam juga mungkin dijadikan tempat melepaskan tekanan selepas seharian bekerja.  Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.
  • Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya.

Tips makan malam yang sihat

  1. Ambil makanan secara seimbang. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam serta sayuran dan buah mengikut Piramid Makanan Malaysia.
  2. Hadkan pengambilan makanan yang berlemak, bersantan, bergoreng dan berminyak. Pilih hidangan yang sihat seperti rebus, bakar, stim dan lain-lain.
  3. Ambil kuantiti hidangan yang sesuai dengan keperluan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
  4. Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
  5. Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan menggangu tidur anda.
  6. Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
  7. Elak pengambilan teh atau kopi selepas makan malam. Ini boleh mengakibatkan gangguan tidur.
  8. Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.

Contoh hidangan makan malam yang sihat

Menu

Kuantiti

Kalori

Nasi putih

1 cawan

150

Ikan atau ayam

1 kecil

150

Sup sayur campur

1 mangkuk kecil

45

Air kosong

1 gelas

-

Betik

1 potong

60

Jumlah kalori

405

Friday, April 24, 2009

Tahukah Anda?

Daging merah menyebabkan kanser?


  • Sebenarnya, pengambilan daging sama ada merah atau putih (daging lembu atau ayam) dalam jumlah yang disyorkan, ini tidak akan menyebabkan kanser.
  • Kanser boleh berpunca daripada banyak sebab termasuklah karsinogen, pencemaran alam sekitar, radiasi, faktor genetic dan merokok.
  • Oleh itu, daging bukanlah penyebab kepada sesuatu kanser jika diambil dalam kuantiti yang sepatutnya.

YANG MANA LEBIH BAIK UNTUK JANTUNG. BUTTER ATAU MARJERIN?

Marjerin diperbuat dari minyak sayuran, jadi ia tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol hanya dari sumber haiwan dan bukan dari tumbuhan. Marjerin juga tinggi kandungan lemak ‘baik’ (lemak tak tepu) iaitu ‘Polyunsaturated Fatty Acid’ and ‘Monounsaturated Fatty Acid’ berbanding mentega (butter). Lemak tak tepu ini boleh membantu untuk menurunkan kadar “kolesterol jahat” (LDL). 

                Mentega (butter) diperbuat dari lemak haiwan, jadi ia mengandungi kolesterol dan tinggi kandungan lemak tepu (saturated fat).

                Tetapi, bukan semua marjerin sama. Terdapat juga marjerin yang lebih teruk dari mentega (butter). Kebanyakkan marjerin diproses menggunakan proses “hidrogenasi” (hydrogenation) yang mana  akan menghasilkan ‘lemak trans’. Lemak trans memberi lebih banyak kesan buruk kepada kesihatan berbanding lemak tepu. Secara mudah, lebih keras marjerin tersebut, lebih tinggi kandungan lemak transnya. Seperti lemak tepu, lemak trans akan meningkatkan kolesterol darah dan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat sakit jantung. Selain itu, lemak trans juga boleh menurunkan kadar “kolesterol baik” (HDL).

Apabila memilih marjerin, pilihlah yang rendah kandungan lemak trans dan lemak tepu (kurang dari 2 gram) seperti  marjerin lembut (soft margarine).  Selain itu, boleh juga memilih marjerin yang mengandungi sterol tumbuhan (plant sterol). Ini kerana, American Heart Association mencadangkan makanan yang mengandungi sterol tumbuhan kepada pesakit jantung kerana ia dapat menurunkan kadar “kolesterol jahat” (LDL).

Tetapi, jika seseorang itu tidak menyukai marjerin dan lebih sukakan butter, pilihlah butter yang rendah kalori yang dilabel sebagai ‘light/reduced calori’. Apa yang penting ialah pengambilan dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan pengambilan yang berlebihan.

Saturday, April 18, 2009


KENAPA SARAPAN PAGI (BREAKFAST) ITU SANGAT PENTING?

Sarapan pagi yang seimbang dapat menyihatkan badan dan membekalkan gula/glucose yang akan digunakan oleh badan sebagai tenaga untuk melakukan kerja harian. Sarapan pagi juga amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengambil sarapan pagi yang seimbang akan:

  • Ambil lebih vitamin dan mineral berbanding lemak dan kolesterol pada hari tersebut. Satu kajian membuat kesimpulan bahawa lebih kerap seseorang itu makan, lebih tinggi pengambilan nutrien yang baik berbanding nutrien yang jahat seperti kolesterol.
  • Mempunyai tumpuan dan kreativiti yang lebih baik sepanjang hari tersebut. Ini disebabkan oleh makanan yang diambil semasa sarapan membekalkan lebih gula untuk digunakan sebagai tenaga.
  • Mempunyai berat badan yang ideal. Ini boleh disebabkan oleh kurangnya rasa lapar apabila tiba waktu makan tengahari. Jadi, ini boleh membuatkan anda makan dengan kuantiti yang sederhana. Begitu juga dengan waktu makan seterusnya.
  • Menjadi lebih kuat dan bertenaga. Tenaga tersebut diperolehi dari makanan yang diambil ketika bersarapan.
  • Mempunyai kadar kolesterol yang rendah, sekaligus mengurangkan risiko mendapat sakit jantung. Kajian menunjukkan seseorang yang makan sarapan pagi akan makan kurang makanan yang mengandungi kolesterol berbanding seseorang yang tidak bersarapan.
  • Dapat meningkatkan kadar metabolism badan. Ini kerana, kadar metabalisma akan meningkat jika tidak tinggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama.
  • Memberi kesan positif kepada kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. Menurut American Dietetic Association, kanak-kanak yang bersarapan mempunyai tahap kefahaman dan konsentrasi yang baik di dalam kelas. Mereka lebih aktif, kreatif dan jarang ponteng sekolah.

Idea Untuk Sarapan Yang Sihat di Rumah

  • Roti bakar bijirin penuh dengan tuna, salad, tomato dan keju.
  • Sandwich dengan tuna/telur/sardine dan salad.
  • Thosai atau idli dengan sedikit dhal.
  • Bijirin sarapan dengan susu.
  • Oat atau nestum dengan buah-buahan dan susu.
  • Sup ayam dengan mi, sayur dan kepingan ayam.
  • Nasi, bihun, kueh teow goreng dengan ayam dan sayur-sayuran.
  • Kuih pau berinti.
  • Tauhu sumbat dengan sos tomato.
  • Biskut krim kraker.
  • Apam kukus atau apam balik.
  • Popiah basah.
  • Lempeng pisang.

Tahukah Anda?

Makanan Mengandungi Karsinogen/Agen Kanser?


  • Karsinogen adalah bahan yang boleh menyebabkan kanser atau agen kanser.
  • Contoh-contoh makanan yang mengandungi karsinogen ialah daging yang dibakar hangus, sate, lauk-pauk yang hangus dll. Bahgian yang hagus mestilah dibuang kerana mengandungi karsinogen yang tinggi.
  • Selain itu, aditif makanan yang tidak dibenarkan (termasuk pewarna dan pengawet) boleh meningkatkan risiko mendapat kanser. Jadi, ambillah pada tahap yang dibenarkan sahaja.
  • Jangan sesekali mengambil makanan yang berbau atau nampak mencurigakan/tidak asli.

Friday, April 17, 2009

TIPS UNTUK KURANGKAN SELERA MAKAN

1. Makan secara perlahan. Tip yang membantu untuk mkn perlahan adalah makan semasa menonton movie, kira bilangan kunyahan, berbual atau membaca sambil makan. 

2. Makan hidangan yg kecil dan menggunakan pinggan yg kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.

3. Ambil makanan yg tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dll. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.

4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.

5. Jgn membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.

6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.

7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk mkn.

8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.

9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada didepan mata, akan 'trigger' anda untuk makan.

CARA TINGKATKAN KADAR METABOLISMA BADAN?

Metabolisma ialah kadar di mana badan akan membakar kalori yang di ambil dari makanan untuk digunakan sebagai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian. Sama ada anda makan, minum, tidur, bekerja, mengemas rumah, dll, badan akan sentiasa membakar kalori untuk mengelakkan pengumpulan lemak. 

Metabolisma dipengaruhi oleh komposisi badan iaitu lemak dan otot. Otot akan menggunakan lebih banyak kalori berbanding lemak. Oleh itu, badan yang berotot lebih tinggi metabolismanya berbanding dengan badan yang tinggi kandungan lemak. Oleh itu, kadar metabolisma amat penting untuk menjaga berat badan dan mengelakkan pengumpulan lemak yang berlebihan. 

Cara-cara untuk meningkatkan metabolisma badan:

1. Get active - Ini adalah cara untuk menambah otot badan yang mana akan meningkatkan kadar metabolisma badan.Lakukan senaman secara teratur dan konsisten.

2. Eat little and often (small and frequent) - Makan sedikit tetapi kerap akan meningkatkan metabolisma badan.

3. Don't skip meals - Jangan sesekali meninggalkan waktu makan terutamanya waktu makan utama seperti sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kerana ini akan menurunkan kadar metabolisma badan.

4. Eat plenty of protein-rich foods - Research menunjukkan sekitar 25% calorie dari makanan yang tinggi protein (ayam/daging/ikan/susu) akan digunakan oleh badan (burnt off).Tetapi,hendaklah memilih protein yang rendah lemak seperti daging/ayam tanpa kulit dan susu/hasil tenusu rendah lemak.

5. Spice up meals - Rempah seperti cili akan meningkatkan metabolisma sebanyak 50% selepas 3-4 jam. 

6. Take green tea - Teh hijau mengandungi anti-oksidant yang akan tingkatkan metabolisma badan.

7. Have a sauna - Keadaan panas akan meningkatkan metabolisma lebih kurang 20%.


TIPS UNTUK TINGKATKAN SELERA MAKAN

1. Lakukan lebih exercise.

2. Tambah rempah ratus ke dalam makanan.Ia akan stimulate selera makan.Contohnya halia, peppermint, dll.

3. Kurangkan pengambilan serat (sayur,buah,wholemeal cereal/roti).Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang.

4. Minum jus buah setengah jam sebelum makan. Kandungan gula ringkas dari jus tersebut cepat diserap oleh badan dan akan membuatkan anda berasa lapar.

5. Cuba untuk mkn lebih hidangan daripada yang biasa diambil.Ini boleh membuatkan perut mengembang sedikit ('stretches') dan akan tingkatkan selera makan.