Sunday, February 22, 2009

Masalah KURANG BERAT BADAN (UNDERWEIGHT)

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?

  • Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah kurang daripada 18.5 kg/m2.
  • Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
  • Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia"), masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid) atau berpenyakit.
  • Anda yang mempunyai kurang berat badan ini juga  berisiko tinggi untuk mendapat beberapa masalah seperti senang mendapat penyakit, susah untuk sembuh jika sakit (reduce immune function), hormon tak stabil (haid tiada atau tidak teratur), osteoporosis, cepat letih, kurang tumpuan dan kekurangan zat.

Tips untuk meningkatkan berat badan kepada yang kurang berat badan (BMI <18.5 kg/m2)

  • Tingkatkan pengambilan kalori atau kuantiti makanan dari biasa. Contohnya, letak marjerin dalam setiap hidangan makanan termasuk roti, lempeng, bijirin sarapan pagi, nasi goreng, atau sayur. Selain itu, boleh diletakkan cheese atau krim dalam hidangan harian untuk tingkatkan pengambilan kalori. Untuk roti, bolehlah diletakkan mentega kacang. Untuk susu,digalakkan mengambil susu penuh krim dan elakkan susu rendah lemak atau tanpa lemak. Susu juga boleh diambil dalam pelbagai perisa seperti coklat, strawberry atau vanilla kerana ia lebih tinggi kalori daripada susu biasa.
  • Jika kuantiti menjadi masalah, ambillah makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Instead of 3 hidangan sehari, ambillah 6-8 hidangan kecil sehari. Ini kerana, selera sesetengah orang akan menurun apabila melihat hidangan dalam kuantiti yang banyak yang menyebabkan mereka merasa muak. Selain itu, kurangkan pengambilan makanan berkuah seperti sup. Ini kerana ia akan menyebabkan seseorang itu cepat kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori.
  • Exersice atau aktiviti fizikal boleh membantu stimulate selera makan. Jadi, lakukan sedikit aktiviti fizikal seperti berjalan laju atau jogging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini akan membantu meningkatkan selera seseorang. Selain itu ia akan membantu menukarkan makanan yang dimakan kepada otot berbanding disimpan sebagai lemak. Exercise yang disarankan adalah “weight-lifting” seperti dumbbell dan “aerobic exercise” seperti berbasikal, berjalan laju dan berenang.
  • Semasa makan, seseorang akan lebih berselara jika makan beramai-ramai daripada makan seorang diri. Oleh itu, elakkan makan berseorangan. Ajaklah kawan atau keluarga untuk makan bersama.
  • Anda juga boleh mengambil nutritional supplement jika perlu. Jika anda tiada sebarang penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi, anda boleh mengambil susu formula yang mengandungi tinggi kalori. Contohnya Ensure (38 kcal/scoop) atau Enercal Plus (90 kcal/scoop). Produk ini boleh didapati di farmasi atau pasaraya.
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.

4 comments:

  1. sy kategori normal tp org kate sy gemok..cmne nk jd kurus tuh ek..huhu

    ReplyDelete
  2. Salam.brapa berat dan tinggi awk?sy kene taw BMI awk dulu sebelum bg penerangan seterusnya...;)

    ReplyDelete
  3. saya seorang lelaki...BMI sy 17...berat sy 47, tggi sy 165cm...

    ReplyDelete
  4. salam... sye da try mcm2 tok nek kn berat bdn sye... tp xbrjye pon... sy nk kn berat bdn yg ideal... skrg nih berat sye 43kg n tinggi sye 162??

    ReplyDelete