Sunday, February 15, 2009

Tips Makan Secara Sihat Semasa Makan Di Luar


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MAKAN SECARA SIHAT?
  • Makan pelbagai jenis makanan, supaya tubuh kita memperolehi kesemua zat makanan yang diperlukan.
  • Makan mengikut keperluan badan.
  • Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh untuk menambahkan pengambilan serat.
  • Mengurangkan pengambilan lemak, gula, dan garam.



PANDUAN UNTUK MENIKMATI PELBAGAI JENIS MAKANAN
  • Makan berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
  • Pelbagaikan jenis makanan daripada setiap aras Piramid Makanan.
  • Digalakkan memilih menu yang berlainan dari hari ke hari.
  • Mencuba makanan yang tidak biasa dimakan.

PANDUAN UNTUK MENIKMATI BIJIRIN PENUH, LEGUM, KEKACANG DAN BIJI-BIJIAN
  • Makan sarapan berasaskan bijirin penuh (seperti oat, jagung, roti mil penuh, roti pita, capatti, biskut mil penuh dan bijirin sarapan pagi)
  • Campur atau gantikan nasi putih dengan nasi beras perang.
  • Makan makanan berasaskan legume (seperti tauhu, tempe, kacang panggang, dal, kacang hijau/merah, dan kacang soya) beberapa kali seminggu.
  • Makan kekacang/biji-bijian beberapa kali seminggu (seperti bijan, kuaci, biji teratai, dan biji selasih)

PANDUAN UNTUK MENIKMATI LEBIH BUAH DAN SAYUR
  • Makan sekurang-kurangnya 1 cawan sayur setiap hari.
  • Makan sekurang-kurangnya 2 biji buah setiap hari.
  • Pelbagaikan jenis buah dan sayur.
  • Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur (Contohnya nasi kerabu, nasi ulam, pudding buah, rojak buah/sayur, pecal)
  • Jadikan buah sebagai snek.
  • Makan ulam dan salad bersama hidangan anda.

PANDUAN MAKAN UNTUK MENGURANGKAN MAKANAN BERGORENG DAN BERLEMAK
  • Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi lemak, nasi ayam, atau nasi minyak.
  • Pilih makanan yang direbus, dipanggang, dikukus atau dibakar berbanding makanan bergoreng.
  • Kurangkan pengambilan kuah yang berlemak dan berminyak.
  • Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan seperti limpa, hati, otak, paru, perut dan kuning telur.
  • Makan bahagian ayam dan daging tanpa lemak (tanpa kulit).
  • Hadkan pengambilan santan.
  • Kurangkan pengambilan mentega untuk sapuan roti/biskut.
  • Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng seperti goreng pisang, keropok, dan kuih-muih yang digoreng.
  • Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan segar.



PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA
  • Kurangkan makanan yang manis seperti kek, ais-krim, makanan ringan bersira, coklat, kaya, jem, biskut berkrim)
  • Minum air kosong bagi menggantikan air manis, cordial, sirap dan minuman berkarbonat.
  • Pilih buah-buahan segar untuk menggantikan kuih-muih manis, gula-gula, coklat, atau biskut berkrim.
  • Pilih makanan dan minuman yang dilabel dengan kurang gula/kurang manis.
  • Minta dikurangkan gula atau susu pekat manis setiap kali membuat pesanan minuman.


PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
  • Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera.
  • Kurangkan pengambilan garam tambahan, perisa, kicap dan sos dalam makanan.
  • Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang diawet seperti ikan masin, telur masin, sambal belacan, budu, cencaluk, serta jeruk asin buah atau sayur.
  • Pilih makanan yang berkuah berbanding bergoreng. Tapi, elakkan daripada menghirup sup atau kuah.
  • Pilih capatti, thosai, naan atau idli berbanding roti canai, roti telur, roti bom dan roti tisu.
  • Elakkan pengambilam asam boi, petis, kicap atau garam bersama buah-buahan.
  • Pilih label makanan yang kurang atau rendah garam.

PANDUAN UNTUK MEMILIH MAKANAN YANG SELAMAT
  • Pilih tempat makan yang bersih
  • Pastikan pengendali makanan mengamalkan kebersihan dan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Elakkan makanan yang terdedah dan tercemar.
  • Pilih makanan yang segar atau baru dimasak.
  • Pastikan pembungkusan, kotak atau tin makanan berada dalam keadaan baik.
  • Hadkan makanan yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan.
  • Elakkan makanan yang digoreng dengan minyak masak yang telah digunakan berulangkali.



Makan Secara Sihat, Di Mana Saja Anda Berada

SeDiKiT PeRKoNgSiAn iLMu…SeMoGa BeRMaNfAaT…

ALLAHuA’LaM (Allah Knows Best)

No comments:

Post a Comment