Friday, April 24, 2009


YANG MANA LEBIH BAIK UNTUK JANTUNG. BUTTER ATAU MARJERIN?

Marjerin diperbuat dari minyak sayuran, jadi ia tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol hanya dari sumber haiwan dan bukan dari tumbuhan. Marjerin juga tinggi kandungan lemak ‘baik’ (lemak tak tepu) iaitu ‘Polyunsaturated Fatty Acid’ and ‘Monounsaturated Fatty Acid’ berbanding mentega (butter). Lemak tak tepu ini boleh membantu untuk menurunkan kadar “kolesterol jahat” (LDL). 

                Mentega (butter) diperbuat dari lemak haiwan, jadi ia mengandungi kolesterol dan tinggi kandungan lemak tepu (saturated fat).

                Tetapi, bukan semua marjerin sama. Terdapat juga marjerin yang lebih teruk dari mentega (butter). Kebanyakkan marjerin diproses menggunakan proses “hidrogenasi” (hydrogenation) yang mana  akan menghasilkan ‘lemak trans’. Lemak trans memberi lebih banyak kesan buruk kepada kesihatan berbanding lemak tepu. Secara mudah, lebih keras marjerin tersebut, lebih tinggi kandungan lemak transnya. Seperti lemak tepu, lemak trans akan meningkatkan kolesterol darah dan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat sakit jantung. Selain itu, lemak trans juga boleh menurunkan kadar “kolesterol baik” (HDL).

Apabila memilih marjerin, pilihlah yang rendah kandungan lemak trans dan lemak tepu (kurang dari 2 gram) seperti  marjerin lembut (soft margarine).  Selain itu, boleh juga memilih marjerin yang mengandungi sterol tumbuhan (plant sterol). Ini kerana, American Heart Association mencadangkan makanan yang mengandungi sterol tumbuhan kepada pesakit jantung kerana ia dapat menurunkan kadar “kolesterol jahat” (LDL).

Tetapi, jika seseorang itu tidak menyukai marjerin dan lebih sukakan butter, pilihlah butter yang rendah kalori yang dilabel sebagai ‘light/reduced calori’. Apa yang penting ialah pengambilan dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan pengambilan yang berlebihan.

No comments:

Post a Comment