Monday, July 15, 2013

PESANAN RINGKAS...SEBELUM BERBUKA PUASA...


Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk berbuka..Kepada yang memasak di rumah, jangan lupa sediakan menu yang berkhasiat untuk keluarga. Kepada yang membeli makanan di bazar ramadhan, pilihlah makanan yang kurang berlemak, berminyak dan bergoreng. 

Bagi yang menyediakan juadah berbuka puasa di rumah, bolehlah amalkan tips di bawah:

1. Rancang menu anda dengan memasukkan semua jenis kumpulan makanan iaitu karbohidrat (nasi/mee/bijirin/roti/kue teow/bihun/pasta), protein (ayam/ikan/daging/telur/produk tenusu), sedikit lemak/minyak, sayuran dan buah-buahan.
2. Pilih sumber yang segar berbanding yang diawet, dibekukan atau dalam tin.
3. Sediakan 1 jenis air manis sahaja. Sebaiknya pilih untuk sediakan jus buah-buahan tanpa gula.
4. Sediakan 1 jenis kuih sahaja setiap kali berbuka.
5. Pelbagaikan kaedah memasak seperti memanggang, mengukus, merebus atau menggoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit. Jika sayur sudah digoreng, pilihlah memasak lauk dengan kaedah lain supaya dapat kurangkan pengambilan minyak.

Bagi yang membeli juadah berbuka puasa di luar pula, bolehlah ikuti tips ini:

1. Senaraikan makanan yang perlu dibeli sahaja bagi mengelakkan membeli secara berlebihan.
2. Utamakan membeli makanan yang dimasak tanpa santan dan pilih makanan yang hanya menggunakan minyak yang sedikit.
3. Kurangkan membeli kuih-muih yang manis. Jika perlu, beli hanya 1 jenis kuih sahaja.
4. Elakkan membeli air minuman yang dijual. Sebaliknya, sediakan sendiri minuman di rumah agar dapat mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut.

Kesihatan kita ditentukan oleh apa yang kita pilih untuk dimakan. Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment