Saturday, October 5, 2013

APA MAKANAN YG DAPAT BANTU ANDA TIDUR LENA?


Tahukah anda bahawa pemakanan juga mempengaruhi tidur? Masalah sukar tidur dapat diatasi dengan pemakanan yang sihat dan seimbang. Bagi yang mengalami masalah insomnia (sukar tidur), jom kita tengok apa makanan yang boleh bantu anda tidur lebih lena dan nyenyak di waktu malam.

TEH CHAMOMILE & TEH HIJAU
Teh Chamomile mempunyai kesan penenang yang dapat mengurangkan stress dan tekanan pada fizikal atau mental. Manakala teh hijau pula mengandungi Theanine yang juga membantu anda untuk tidur lena. Minumlah teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafein. 

PISANG
Kandungan magnesium dan potassium yang baik di dalam pisang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Jika anda mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.

SUSU PANAS
Seperti pisang, susu juga mengandungi triptofan. Kalsium yang terkandung dalam susu juga membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.

MADU
Kajian menunjukkan bahawa madu merupakan ubat tidur yang semula jadi. Ini disebabkan oleh ia mengandungi bahan semula jadi yang dikenali sebagai orexin yang boleh menenangkan dan merehatkan otak. Campurkan madu ke dalam teh atau susu anda sebelum tidur.

KACANG BADAM & KACANG ALMOND
Badam dan almond mengandungi magnesium yang berupaya membantu anda untuk tidur lena dan dapat merehatkan otot-otot badan. Bukan itu sahaja, badam juga mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur.Almond pula baik untuk kesihatan jantung dan juga mengandungi tryptophan.

Makanan dan minuman ini akan membantu anda menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena. Di samping itu pastikan juga tempat tidur sentiasa kemas dan bersih agar anda juga dapat tidur dengan keadaan yang selesa.


No comments:

Post a Comment