HYPERURICEMIA
Apa itu Hyperuricemia?
- Hyperuricemia ialah keadaan di mana kandungan asid uric yang tinggi dalam darah. Asid uric adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Jika ia berkumpul dalam saluran air kencing, ia boleh membentuk ’batu karang’.
Rawatan dan Pencegahan Hyperuricemia dari perspektif diet?
- Mengawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid uric. Berat yg lebih ini akan put more stress to the joint yg akan tingkatkan risiko high acid uric.
- Jika anda gemuk, kurangkan berat badan tapi hendaklah dgn cara yang betul dan perlahan-lahan (gradually). Penurunan berat badan yg mendadak (drastic) dan cepat akn menyebabkan peningkatan acid uric dlm darah.
- Elak minum minuman beralkohol secara berlebihan.(Beruntunglah orang Islam yg diHARAMkan minum arak ;-) Jika alcohol diambil secara berlebihan, ia meningkatkan paras asid urik dalam darah. Jika anda mempunyai masalah gout, elakkan pengambilan alcohol.
- Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari (8 – 12 gelas). Tidak mengapa jika terpaksa berulang ke tandas banyak kali. Lebih kerap buang air kecil, bermakna lebih banyak asid urik dikeluarkan daripada badan.
- Kawal makan. Walaupun ada ubat yang berkesan, kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan. Ini bukan bermakna anda perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid uric.
- Ada pandapat yg mengatakan bahawa daun saderi, kunyit dan avocado boleh membantu menyingkirkan asid uric dari badan. Namun, belum ada sebarang kajian saintifik dibuat utk membuktikannya.
Makanan tinggi purin (100 – 1000 mg purin/100 g makanan) | Makanan sederhana kandungan purin (9 - 100 mg purin/100 g makanan) | Makanan rendah purin |
Ikan bilis | Daging | Roti putih |
Sardine | Ikan | Krim kraker |
Otak | Ayam | Biskut |
Ikan kembung | Itik | Minuman bijirin |
Daging cincang | Asparagus | Keju |
Daging ekstrak | Kacang dikeringkan | Kopi |
Kerang | Legume (dhal dll) | Koko |
Angsa | Cendawan | Kek |
Ikan parang | Kacang pea | Telur |
Organ dalaman haiwan | Bayam | Buah |
Ayam hutan | | Sayur |
Telur ikan | | Aiskrim |
Kepah | | Herba |
Ragi roti | | Minyak |
Kapis | | Mee |
Rebung | | Susu |
Ikan cencaru | | Nasi |
Petai | | Garam |
Jering | | Gula |
Allahua’lam..
No comments:
Post a Comment