Monday, April 6, 2009


CEGAH DIABETES (KENCING MANIS)

Pengenalan

            Adalah dianggarkan pengidap diabetes akan mencecah 300 juta orang pada tahun 2025 (King, 1999), terutamanya diabetes jenis 2. Walaupun diabetes jenis 2 kebanyakkannya dialami oleh orang dewasa, ia juga boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja. Ia selalu melanda individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, obesiti atau individu yang  tidak melakukan senaman.

            Di Malaysia, prevalen pengidap diabetes semakin meningkat. Kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2  pada 1996 melaporkan prevalen diabetes jenis 2 ialah 8.3 % berbanding 6.3 % pada tahun 1986 (NHMS1, 1985; NHMS2, 1996). Ini jelas menunjukkan pengidap diabetes jenis 2 semakin meningkat dari masa ke semasa akibat daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

 

Apakah Dia Penyakit Diabetes?

               Diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat menggunakan karbohidrat (kanji dan gula) di dalam makanan dengan sempurna. Keadaan ini akan menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah. Ini kerana pengidap diabetes tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup atau insulin yang dihasilkan tidak dapat digunakan dengan efektif. Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Insulin yang dihasilkan akan membantu gula memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai tenaga. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak dapat menerima bekalan gula dan pengidap diabetes akan berasa letih kerana kekurangan tenaga. Jadi, kadar gula dalam peredaran darah akan menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air kencing.

Apakah jenis diabetes?

Ada 3 jenis utama diabetes:

i)                    Jenis 1 (Diabetes yang bergantung kepada insulin)

-          Biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja. Ini disebabkan oleh badan tidak mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula yang meningkat. Penyebab diabetes jenis 1 ini tidak diketahui. Ia hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Pesakit selalunya perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya.

ii)                  Jenis 2 (Diabetes yang tidak bergantung pada insulin)

-          Biasanya berlaku dikalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Ini disebabkan oleh kekurangan insulin dan rintangan insulin. Kebiasaannya, pesakit mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman, dan ubat/insulin.

iii)                Jenis 3 (Diabetes waktu mengandung) 

-          Keadaan ini adalah sementara dan akan hilang apabila bayi dilahirkan. Ia berlaku disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung. Walaubagaimanapun, pesakit hendaklah mengawal pemakanan semasa mengandung. Ada juga sesetengah pesakit memerlukan suntikan insulin.

 

Apakah Faktor Risiko Diabetes?

1.      Sejarah keluarga yang mengidap diabetes

-          Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap diabetes, kebarangkalian untuk anak-anak mewarisi penyakit itu adalah tingg

2.      Berat badan yang berlebihan

-          Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan

3.      Tidak aktif

-          Mereka yang tidak atau kurang bersenam berisiko tinggi mendapat diabetes.

4.      Faktor-faktor lain

-          Umur yang melebihi 40 tahun dan etnik asian selalunya dikaitkan dengan risiko mendapat diabetes.

Tanda-tanda Diabetes?


Ada pesakit yang tidak merasa tanda-tanda mendapat diabetes. Antara tanda-tanda yang kerap berlaku:

1.      Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam

2.      Sentiasa merasa dahaga

3.      Lapar yang keterlaluan terutama selepas makan

4.      Susut berat badan walaupun selera makan meningkat

5.      Merasa letih dan lesu

6.      Pening dan kadang-kala muntah

7.      Luka dan kudis yang lambat sembuh

8.      Mudah terkena jangkitan kulit

9.      Gatal terutama di bahagian kemaluan

10.  Merasa kebas kaki dan tangan

11.  Penglihatan menjadi kabur

Bolehkah Diabetes Sembuh?

Jawapannya tidak. Pesakit hanya boleh mengawal dari mendapat komplikasi yang sering berlaku pada pengidap diabetes. Ini boleh dilakukan dengan kawalan pemakanan, senaman yang kerap, mengekalkan berat badan ideal  dan pengambilan ubat/insulin secara teratur.

Komplikasi-komplikasi Akibat Diabetes?


Sekiranya tidak ditangani dengan betul, diabetes boleh menyebabkan masalah-masalah yang lebih teruk lagi. Masalah-masalah ini selalunya berlaku perlahan-lahan. Di antara komplikasi diabetes adalah:

  1. Gangren (tisu mati), kudis yang menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong
  2. Kabur penglihatan yang boleh membawa kepada buta
  3. Kerosakan buah pinggang (Nephropathy)
  4. Serangan jantung
  5. Tekanan darah tinggi (Hypertension)
  6. Angin ahmar (Stroke)
  7. Penyakit saraf (Neuropathy)

Apakah Paras Gula Darah Anda?

Paras Gula (mmol/L)

Paras Normal (mmol/L)

Puasa

3.9 – 6.1

Rawak

4.0 – 7.8

HbAIc (%)

4.4 – 6.4

 

Gejala Apabila Paras Gula Tidak Normal?

  1. Tinggi daripada Paras Normal (Hyperglisemia)

-          Anda mungkin mengalami sebahagian daripada geja-gejala berikut:

o   Merasa sangat dahaga

o   Merasa sangat letih

o   Lemah

o   Berat badan menurun

o   Kekerapan membuang air kecil

o   Kabur penglihatan

-          Ini berlaku kerana:

o   Dos insulin tidak mencukupi

o   Tidak makan ubat anti-diabetic mengikut dos, masa dan arahan doctor

o   Makan terlalu banyak makanan yang bergula/karbohidrat

o   Tekanan perasaan

o   Jangkitan/demam

o   Bertambah berat badan

-          Tindakan segera:

o   Berjumpa doctor dengan segera

o   Mengubahsuai dos insulin atau ubat anti-diabetic untuk sementara waktu

  1. Rendah daripada Paras Normal (Hypoglysemia)

-          Anda mungkin mengalami sebahagian daripada geja-gejala berikut:

o   Lapar

o   Sakit kepala

o   Loya

o   Lemah

o   Bingung

o   Mudah marah

o   Menggeletar

o   Seram sejuk

-          Ini berlaku kerana:

o   Mengambil terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetic

o   Makan terlalu sedikit, makan lewat atau langsung tidak makan

o   Malakukan aktiviti fizikal atau senaman yang berat dan berlebihan tanpa memakan makanan karbohidrat

o   Terlalu banyak minum minuman alcohol

-          Pencegahan:

o   Mengambil insulin atau ubat anti-diabetic mengikut dos dan masa yang tetap

o   Makan yang mencukupi dan mengikut masa yang tetap

o   Jangan melakukan aktiviti fizikal atau senaman berat tanpa memakan makanan karbohidrat

o   Jangan minum alcohol berlebihan terutama tanpa makan

-          Tindakan segera:

o   Makan karbohidrat yang cepat meresap seperti gula-gula, coklat, jus buah-buahan dan minuman bergula

o   Berehat selama 10 minit

o   Kemudian ambil sedikit makanan karbihidrat seperti roti, sandwich, atau biskut

Pengawalan Diabetes?


            Perkara utama dalam rawatan diabetes ialah pengawalan gula darah. Paras gula darah yang tinggi akan menyebabkan komplikasi samaada jangkamasa pendek atau panjang.

            Terdapat banyak cara dalam merawat gula darah yang tinggi seperti pemakanan yang sihat dan seimbang, melakukan senaman secara konsisten, pengambilan ubat diabetes secara teratur dan sentiasa memeriksa gula darah anda. 

 

PANDUAN PEMAKANAN PESAKIT DIABETES


Makanan Yang Perlu Dielakkan

  1. Makanan yang mengandungi gula ringkas

-          Ais krim

-          Susu pekat manis

-          Buah-buahan dalam tin

-          Semua kuih-kuih manis

-          Glukos

-          Gula pasir

-          Gula perang

-          Gula merah

-          Madu

-          Kek

-          Coklat

-          Biskut manis

-          Jem

-          Kaya

-          Minuman ringan (botol/tin/kotak)

Makanan Yang Boleh Dimakan Tetapi Mesti Di Kawal Kuantiti

  1. Makanan karbohidrat/berkanji

i)                    Hasil bijirin:

-          Nasi putih, beras India, roti putih, roti jagung

-          Mee, mee hoon, kway teow, laksa

-          Oats, nestum, cornflakes

-          Biskut krim krakers

-          Capati, roti canai, apam, putu mayam, idli, thosai

ii)                  Sayuran berkanji:

-          Ubi, kentang, lobak, keladi, labu manis, sukun, baked beans (kacang panggang)

iii)                Kekacang:

-          Dal, kacang hitam, kacang merah, kacang hijau

iv)                Susu:

-          Susu segar, UHT, susu cair, susu tepung

v)                  Buah-buahan:

-          Limau, epal, oren, betik, nenas, dan lain-lain

  1. Makanan berprotein

-          Ayam, ikan, daging, telur, keju, makanan laut

  1. Makanan berlemak

i)                    Minyak masak:

-          Lebih baik gunakan jenis polyunsaturated seperti minyak jagung, soya, bunga matahari)

ii)                  Marjerin polyunsaturated

Makanan Yang Boleh Dimakan Dengan Bebas

  1. Cecair

-          Air minuman (air masak), air mineral, teh, kopi, sup minuman Bovril, air barli, air limau (semuanya tanpa gula)

  1. Perasa atau rempah

-          Serbuk kari, cili, rempah ratus, lada sulah, kicap, cuka, esen

  1. Sayuran berdaun hijau

-          Bayam, sawi, kobis, kalian, kacang panjang, dan lain-lain

 

SAMPEL MENU

Contoh: Berat badan   = 53 kg, Tinggi = 160 cm, BMI = 21 kg/m2

            ~ Tenaga yang diperlukan = 53 kg x 30 kcal/hari (untuk BMI normal)

              = 1590 kcal/hari ~ 1600 kcal/hari

 

-Diet Diabetik 1600 kcal (Karbohidrat = 225g (55%), Protein = 60g (15%), Fat = 53g (30%)-

Menu/Masa

Makanan/Minuman

Saiz Hidangan

Sarapan pagi

(7.00 – 8.00 a.m)

a) Roti jagung

@ Biskut krim kraker

@ Mee/meehoon/kway teow

@ Bijirin

 

b) Marjerin polyunsaturated

 

c) Telur

@ Ikan/ayam

@ Keju

 

d) Susu tepung (Skim/rendah lemak)

+ Teh/kopi

2 keping

6 keping

1 cawan

6 sudu makan

 

2 sudu teh

 

½ biji

½ kotak mancis

1 keping

 

2 sudu makan

 

 

Minum pagi

(10.00 – 10.30 a.m)

a) Roti jagung

@ Biskut krim kraker

 

b) Air kosong/teh/kopi tanpa gula

1 keping

3 keping

 

1 gelas

 

Makan tengahari

(12.00 – 1.30 p.m)

a) Nasi putih/mee/mee hoon/kway teow/laksa

 

b) Ikan/ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit)

 

c) Sayur daun

 

d) Buah

 

e) Air kosong

 

Penggunaan minyak untuk tengahari = 2 sudu teh

1½ cawan

 

 

1 ketul sederhana (70g)

 

 

1 cawan

 

1 kpg/1 biji sederhana

 

1 gelas

Minum petang

(3.30 – 4.00 p.m)

a) Roti jagung

@ Biskut krim kraker

 

b) Marjerin polyunsaturated

 

c) Susu tepung (Skim/rendah lemak)

+ Teh/kopi

2 keping

6 keping

 

2 sudu teh

 

2 sudu makan

 

 

Makan malam

(6.30 – 8.00 p.m)

a) Nasi putih/mee/mee hoon/kway teow/laksa

 

b) Ikan/ayam (masak kurang lemak/tanpa kulit)

 

c) Sayur daun

 

d) Buah

 

e) Air kosong

 

Penggunaan minyak untuk tengahari = 2 sudu teh

1½ cawan

 

 

1 ketul sederhana (70g)

 

 

1 cawan

 

1 kpg/1 biji sederhana

 

1 gelas

Minum malam

(10.00 – 10.30 p.m)

a) Roti jagung

@ Biskut krim kraker

 

b) Air kosong/teh/kopi tanpa gula

1 keping

3 keping

 

1 gelas

 

 

No comments:

Post a Comment