TIPS MUDAH BAKAR KALORI
Adakah anda tiada masa untuk membuat senaman? Cuba cara mudah ini yang tidak memerlukan spesifik masa untuk bersenam. Cara ini boleh dilakukan semasa membuat kerja-kerja harian yang lain dan dalam masa yang sama akan tetap mengekalkan kecergasan badan malah membantu untuk membakar kalori yang berlebihan.
- Bersenam 3 kali sehari selama 10 minit setiap kali (waktu pagi, tengahari atau lewat petang). Senaman ini boleh dilakukan hanya di dalam rumah seperti ‘streching’.
- Semasa di pejabat, lakukan senaman meja atau berjalan ke meja rakan kerja anda daripada menelefonnya.
- Gunakan tangga dan elakkan dari menggunakan lif dan escalator ke tempat kerja atau semasa membeli belah.
- ‘Parking’ kereta lebih jauh daripada tempat kerja atau tempat yang ingin dituju. Anda akan berjalan dari tempat letak kereta ke destinasi.
- Keluar berjalan-jalan selepas waktu bekerja. Luangkan lebih banyak masa di luar rumah daripada duduk diam di dalam rumah. Anda juga boleh berjalan-jalan di pusat membeli-belah (window shopping).
- Berhenti setiap jam apabila membaca atau menonton TV untuk melakukan aktiviti fizikal selama 10 minit.
- Basuh kereta anda sendiri. Ini boleh membantu untuk bakar kalori yang berlebihan.
- Lakukan kerja rumah dengan pantas seperti mengemas atau menyapu rumah.
- Berkebun atau memotong rumput dihalaman rumah. Ini juga dapat membantu anda mengeluarkan peluh dan membakar kalori berlebihan.
- Bermain bersama anak-anak pada waktu petang. Anda digalakkan supaya bermain bersama anak daripada hanya memerhatikan mereka bermain.
Ingat bahawa masih belum terlambat untuk bertindak sekarang untuk menjadi sihat!
No comments:
Post a Comment