Monday, April 29, 2013

BAHAYA KEKURANGAN ZAT BESI

 
Kekurangan zat besi atau iron boleh mengakibatkan gejala anemia yang juga dikenali sebagai kuarang sel darah  merah. Ia adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan.

PUNCA KEKURANGAN ZAT BESI
  1. Diet yang tidak cukup zat besi
  2. Kadar penyerapan yang rendah oleh badan
  3. Kehilangan darah yang banyak contohnya kemalangan, bersalin atau mengalami kecederaan serius
  4. Kehamilan/mengandung
  5. Genetik/keturunan
  6. Remaja perempuan yang baru mengalami haid
  7. Kesan sampingan ubat tertentu
GEJALA KURANG ZAT BESI
  1. Pucat
  2. Letih/lesu/tidak bermaya
  3. Sesak nafas
  4. Jantung berdegup laju
 RISIKO KURANG ZAT BESI
  1. Kepada ibu yang hamil boleh meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia
  2. Aktiviti fizikal terjejas
  3. Perkembangan mental terjejas
  4. Gangguan kognitif
  5. Boleh menjejaskan sistem imunisasi tubuh dan mengurangkan ketahanan badan melawan penyakit
  6. Menjejaskan daya ingatan

APA TINDAKAN SELANJUTNYA?


- Makan makanan yang kaya zat besi seperti:
  • Ayam/daging/telur/hati
  • Sayur-sayuran berdaun hijau
  • Kekacang/kacang (almond/cashew)
  • Bijirin penuh
  • Buah-buahan kering (prun/kismis/kurma)
  • Tauhu
  • Bijan
  • Makanan yang diperkaya dengan iron/zat besi   


- Ambil makanan tinggi zat besi bersama makanan tinggi VITAMIN C yang boleh meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan seperti:
  • Buah-buahan citrus (oren/limau/lemon)
  • Strawberi
  • Tomato
  • Sayur-sayuran berdaun hijau





- Elakkan makanan yang membantutkan penyerapan zat besi seperti:
  • Teh
  • Kopi
p/s: Teh dan kopi mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai 'tannins' yang boleh mengurangkan penyerapan zat besi. Jadi, elakkan atau ambil ia 2 jam sebelum makan makanan yang tinggi zat besi.



No comments:

Post a Comment