Monday, April 15, 2013

MAKANAN UNTUK KURANGKAN KOLESTEROL




Apa itu kolesterol yer? Kebiasaannya, bila kita mendengar perkataan kolesterol, mesti terbayangkan benda yang buruk. Kita telah terbiasa mendengar mengenai kolesterol dan sakit jantung atau jantung tersumbat. Kebenarannya adalah badan kita masih memerlukan kolesterol untuk menjalankan fungsi tertentu. Contohnya, ia sangat diperlukan untuk melindungi sel-sel dalam badan agar ia boleh berfungsi dengan baik.

Tujuan kita adalah bukan untuk mengelakkan diri dari mengambil kolesterol daripada makanan tetapi lebih kepada mengurangkan kadar pengambilan seharian. Atau lebih tepat jika kita mengurangkan pengambilan kolesterol jahat (LDL cholesterol) dan meningkatkan pengambilan kolesterol baik (HDL cholesterol).

Apa sahaja makanan yang kita ambil dari sumber haiwan mengandungi kolesterol. Jadi, amat sukar untuk kita elakkan diri dari mengambil kolesterol. Tapi kita boleh mengawal dan memilih makanan yang rendah kolesterol. Dan mengambil makanan yang boleh menolong mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol) dalam badan kita. Tapi makanan yang macamana yer? Jawapannya kat bawah ni...Jom tengok!

  1. Oat - Tinggi kandungan serat yang dikenali sebagai 'soluble fiber'. Ia akan menyerap kolesterol dalam sistem penghadaman dan membawa ia keluar sebelum memasuki salur darah. 

  2. Serat - Terdapat dalam sayuran hijau dan buah-buahan. Saranan pengambilan serat yang sihat adalah 2 hidangan (2 biji/2 potong) buah dan 3 hidangan (1 1/2 cawan) sayur-sayuran hijau sehari dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol) dalam badan.

  3. Kacang dan kekacang - Contohnya almond, kacang tanah, walnut akan kurangkan kolesterol jahat dalam darah. Ia tinggi kandungan serat dan lemak tak tepu.

  4. Produk soya - Contohnya susu kacang soya, tempeh, tofu. Apabila digantikan protein daripada produk soya berbanding sumber haiwan (daging/ayam/telur), ia boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol) dan seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung.

  5. Minyak sayuran - Contohnya minyak kanola, minyak kacang, minyak zaitun (Olive) yang tinggi kandungan lemak tak tepu (monounsaturated fat) akan meningkatkan kadar kolesterol baik dan merendahkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

  6. Ikan - Terutamanya ikan laut dalam seperti salmon, kembong, herring, tuna, sardin segar sangat tinggi kandungan omega-3. Ia berfungsi untuk merendahkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol) dalam badan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Disarankan untuk mengambil minima sebanyak 2 ekor ikan seminggu.


No comments:

Post a Comment