Monday, April 15, 2013

SEBAB KENAPA ANDA TIDAK KEHILANGAN BERAT BADAN


Menarik entri kali ni..Berkenaan kenapa kita sukar untuk turunkan berat badan walaupun sudah berdiet. Ada beberapa penyebab atau penghalang untuk kita menurunkan berat badan dengan konsisten.

1. Makan terlalu sedikit. Jangan terkejut yer..Apabila kita makan terlalu sedikit, kemungkinan besar kita akan menjadi sangat lapar dan akan makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu makan berikutnya. Jadi, kalori yang diambil akan menjadi berlebihan. Selain daripada itu, ia juga bole merendahkan kadar metabolisma badan. Boleh refer pada topik: CARA TINGKATKAN KADAR METABOLISMA BADAN?. Jadi, makanlah dalam kuantiti yang sederhana.

2. Kerap meninggalkan waktu makan utama. Waktu makan utama terdiri daripada sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jika kita kerap meninggalkan waktu makan utama terutamanya sarapan pagi, badan kita akan kekurangan tenaga. Jika kita mengambil makanan seterusnya, badan akan menyimpan makanan tersebut dalam bentuk lemak untuk digunakan pada hari berikutnya. Jadi, tabiat ini akan menambahkan kandungan lemak badan dan juga boleh merendahkan kadar metabolisma badan. Makanlah pada waktu yang tetap, kerap dan sederhana.

3. Tidak cukup tidur. Ini juga boleh menyebabkan kegagalan menurunkan berat badan. Ini terjadi kerana apabila badan tidak mendapat rehat yang cukup, ia menjadi lemah dan tidak bertenaga. Untuk melawan rasa lemah ini kita akan mengambil makanan yang lebih banyak. Inilah yang akan menambahkan kadar pengambilan kalori harian. Dapatkan tidur yang mencukupi selama 6-8 jam sehari.

4. Tekanan/stress. Ia akan meningkatkan hormon cortisol. Hormon ini akan meningkatkan selera makan dan boleh menambahkan lemak terutamanya di abdomen yang boleh menyebabkan perut buncit. Elakkan diri dari tekanan.

5. Snek lewat malam. Ini biasanya terjadi jika kita sering tidur lewat pada waktu malam dan akan menyebabkan rasa lapar. Makanan yang dimakan pada lewat malam akan disimpan sebagai lemak. Jadi, pemilihan makanan untuk snek waktu malam adalah penting untuk mengelakkan penyimpanan lemak badan bertambah.

6. Terlalu banyak kalori cecair. Pengambilan minuman manis yang kerap boleh menyumbang kepada berlebihan berat badan tanpa disedari. Ini kerana, minuman manis atau minuman segera sangat tinggi kandungan gula dan sesetengahnya mengandungi lemak. Jadi, elakkan atau kurangkan pengambilan minuman manis untuk menjaga berat badan kita.

7. Umur. Meningkatnya umur seseorang akan menyebabkan metabolisma badan juga menurun. Jadi, makanlah secara sederhana dan mengikut kalori harian yang diperlukan oleh badan.

8. Bercuti/hujung minggu. Kebiasaannya, apabila kita bercuti, kita kerap makan diluar. Ketika inilah kita tidak dapat mengawal nafsu makan dan juga banyak minum minuman manis. Jadi, kawal diri ketika sedang bercuti atau berhujung minggu bersama kawan atau keluarga.

9. Tidak bersenam. Jika kita ingin menurunkan berat badan, senaman adalah penting untuk membakar lemak dan ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Jadi, cubalah mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk bersenam agar badan kekal cergas dan sihat.

10. Penyakit thyroid. Kekurangan sesetengah hormon thyroid boleh menurunkan kadar metabolisma badan. Jadi, sebaiknya pergilah berjumpa Doktor untuk mengesan penyakit tersebut.

No comments:

Post a Comment