Sunday, May 19, 2013

JOM KITA COMPARE ANTARA 2 PILIHAN SNEK NI. YANG MANA LEBIH BAIK?

Antara kacang dan kentang goreng, yang mana pilihan snek yang lebih sihat? Kalau ikut sedap tentulah kentang goreng kan.. Tapi, sihat ker pilih untuk makan french fries ni? Jom tengok perbandingan kt bawah ni...

Kacang
- Perlukan masa yang lama untuk dikunyah
- Mengandungi lemak dan serat yang perlukan masa yang lebih lama untuk dihadam
- Perut akan cepat kenyang dan lambat lapar sebab perlukan masa yang panjang untuk dihadam
- Jadi, kita akan makan kurang pada waktu makan seterusnya...

Kentang goreng:
- Mengandungi kanji yang senang dihadam
- Cepat tingkatkan kandungan gula dalam darah
- Badan akan keluarkan insulin untuk kawal gula dalam darah dan akan menyebabkan rasa lapar
- Jadi, kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya...

Kesimpulannya, buatlah pilihan yang bijak dalam memilih snek yang lebih sihat untuk badan kita. Jadi, pilihlah kacang dalam kuantiti yang sederhana kerana ia mengandungi lemak yang sihat dan serat yang tinggi sebagai snek harian kita instead of makan kentang goreng...Tapi, pilih kacang yang tidak digoreng dan tidak ditambah dengan garam yer!




No comments:

Post a Comment