Wednesday, May 22, 2013

KEBAIKAN PISANG


  1. Mempunyai 120-140 kalori dan 2 g protein dalam sebiji pisang bergantung kepada saiz dan ini boleh membekalkan tenaga kepada badan.
  2. Sumber potassium yang baik (~580-600 mg) untuk menstabilkan tekanan darah badan kerana ia boleh merendahkan kadar garam dalam badan dan baik untuk tulang.
  3. Mengandungi vitamin C (~14 mg) sebagai sumber antioksida.
  4. Sumber vitamin B yang baik (thiamin, riboflavin, niacin)
  5. Membekalkan serat sebanyak ~3-4 g dalam sebiji pisang untuk merendahkan risiko penyakit berbahaya.
  6. Pisang mempunyai tryptophan iaitu bahan yang akan bertukar kepada serotonin dalam tubuh kita yang memberikan rasa tenang, mengembalikan mood dan membuatkan kita berasa gembira.
  7. Mengurangkan simptom PMS kerana is mengandungi vitamin B6 mampu menegembalikan mood kita.
  8. Mempunyai kandungan zat besi yang tinggi dan boleh membantu pesakit anemia dengan meningkatkan kadar kemoglobin darah.
  9. Ia adalah natural antacid (meneutralkan acid dalam perut) yang mampu meredakan pedih ulu hati, reflux dan ulcer perut.
  10. Bertindak sebagai prebiotik (fructooligosaccharide) untuk meningkatkan bakteria baik dalam perut.
  11. Tinggi kandungan serat larut yang boleh mengelakkan daripada sembelit.
  12. Pisang dapat membantu perokok berhenti merokok kerana ia mempunyai vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang boleh mengurangkan ketagihan pada nikotin.
  13. Ia tiada lemak dan kolesterol.


No comments:

Post a Comment