Thursday, May 2, 2013

Tahukah anda?

Nasi lemak tinggi kolesterol?

Salah tanggapan tu! Nasi lemak tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol hanya terdapat pada sumber haiwan sahaja. Jadi, santan dalam nasi lemak adalah dari sumber tumbuhan. Ia bebas kolesterol. Tapi, ia tinggi kandungan lemak tepu. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh membantu peningkatan paras kolesterol dalam darah. Hadkan pengambilan nasi lemak kepada sekali seminggu sahaja. Atau, lebih baik jika digantikan dengan nasi putih yang bebas kandungan lemak.

No comments:

Post a Comment