Wednesday, July 3, 2013

APABILA KITA HILANG LEMAK...APA AKAN JADI PADA BADAN??

Tahukah Anda?

Sebenarnya, jika anda kurangkan kandungan lemak dalam badan, ia memberi banyak kebaikan kepada organ-organ badan. 

Contohnya, jika anda obese dan kurangkan berat badan, ia boleh kurangkan risiko serangan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, asma, sakit sendi, gout, tekanan perasaan, gangguan tidur dan kematian. Jadi, kekalkan berat badan anda kepada normal iaitu pada BMI 18.5 - 24.9. 

Selain dari dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya, ia juga membantu badan kita kekal sihat, bertenaga dan tidak mudah letih untuk menjalankan aktiviti harian. Jangan lupa, amalkan diet yang sihat dan senaman yang konsisten!

: Gambar: Google

No comments:

Post a Comment