Tuesday, July 2, 2013

TAHUKAH ANDA?

Tahukah Anda?

Menurut kajian terbaru dari 'Japanese Scientific Research', pisang yang masak ranum dengan tompok hitam di kulit boleh menghasilkan bahan yang dinamakan 'Tumor Necrosis Factor', (TNF) iaitu bahan anti kanser. Ia boleh melawan sel yang tidak normal seperti sel kanser. Lebih gelap tompok hitam di kulit pisang tersebut, lebih tinggi TNF dihasilkan. Jadi, lebih masak pisang tersebut lebih baik kualiti bahan anti kanser yang dihasilkan. 

Di samping itu, pisang yang berwarna kuning dengan tompok hitam yang lebih terang juga boleh menghasilkan 8 kali ganda lebih bahan dalam sel darah putih berbanding pisang yang berkulit hijau. Sel darah putih tersebut penting untuk melawan dan mengelakkan dari penyakit.

Makanlah pisang sekurang-kurangnya sebiji sehari bagi meningkatkan immuniti badan untuk mengelakkan dari sebarang penyakit dan jangkitan kuman.






No comments:

Post a Comment