Thursday, July 25, 2013

KHASIAT OAT...

Gambar: Google
Oat telah lama terkenal sebagai penyumbang kepada serat dalam diet harian. Ia mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan kita secara keseluruhan terutamanya kepada kesihatan jantung. Oat mengandungi serat larut yang bertindak membantu menyerap kolesterol dari badan dan membuangnya melalui perkumuhan. Ini dapat mengelakkan daripada salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan sakit jantung. 

Apa yang hebat tentang oat?

1. Oat kaya dengan serat, mangan, selenium dan magnesium.

2. Beta-glucan dalam oat membantu untuk menurunkan LDL kolesterol (kolesterol jahat).

3. Oat juga membantu untuk menstabilkan paras glukosa darah (yang amat penting bagi pesakit diabetes).

4. Serat dari oat dapat mengelakkan daripada sembelit dan baik untuk penghadaman.

5. Hanya dengan pengambilan 3 gram serat larut daripada oat setiap hari dapat merendahkan kadar kolesterol sebanyak 8 ke 23 peratus. Dan 3 g serat larut boleh didapati dalam hanya satu mangkuk oat..



No comments:

Post a Comment