Wednesday, July 10, 2013

MAKAN SECARA SIHAT DI BULAN RAMADHAN

    Macamana nak makan secara sihat di bulan ramadhan? Cukup ke pengambilan kalori kita pada bulan ramadhan? Macamana nak elakkan badan dari cepat penat pada bulan ramadhan? Haa, macam-macam persoalan yang timbul bila bulan ramadhan menjelma lagi. Rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat dan sederhana kerana alasan mereka berpuasa. Sepatutnya, bulan ramadhan adalah bulan untuk merehatkan perut dari segala jenis makanan yang tidak sihat.

Kenapa perlu makan secara sihat di bulan ramadhan?
    
    Makan secara sihat dan seimbang sangat penting terutamanya di bulan ramadhan kerana kita perlu menyusun jadual waktu makan pada waktu yang berbeza berbanding bulan-bulan lain. Ini penting bagi mengelakkan masalah kesihatan terutamanya pada perut dan usus seperti sembelit, cirit-birit, kembung perut, pedih ulu hati, gastrik, refluks asid, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. 

Macamana jadual pemakanan pada bulan ramadhan?

    Kebiasaannya, kita akan makan seperti biasa, cuma pada waktu yang berbeza dari bulan-bulan lain. Kita boleh andaikan sarapan pagi digantikan dengan berbuka puasa, makan tengahari digantikan dengan makan malam, minum petang digantikan dengan moreh, dan makan malam pula digantikan dengan sahur. 

Apa contoh makanan yang boleh diambil di bulan ramadhan?

    Kunci kepada amalan makan secara sihat adalah makan pelbagai jenis makanan secara sederhana mengikut saranan piramid makanan Malaysia. Sebaik-baiknya, mulakan berbuka puasa dengan makan kurma atau makan makanan yang manis kerana ia sunnah Rasulullah SWT. Selain itu, ia mengandungi gula ringkas yang boleh membekalkan tenaga yang cepat selepas seharian berpuasa. Contoh menu ringkas yang boleh dipraktiskan semasa bulan ramadhan adalh seperti berikut...


    Amalan bersahur amat penting bagi mengekalkan tenaga sepanjang siang hari berpuasa. Sebaik-baiknya, cuba lewatkan waktu bersahur dan jangan sesekali tinggalkan waktu sahur. Digalakkan untuk mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh, bijirin sarapan pagi mil penuh atau oat untuk mengurangkan rasa lapar dan memberi kesan kenyang yang lama. Jika makan nasi pula, cuba makan bersama dengan sayur. Jangan lupa untuk minum air yang cukup bagi menggantikan kehilangan air sewaktu berpuasa di siang hari. Tapi, cuba elakkan minum teh atau kopi yang mengandungi kafein. Ia boleh memberi kesan diuretik yang menyebabkan kita kerap kencing dan kehilangan air dalam badan.


No comments:

Post a Comment