Monday, July 15, 2013

TIPS KEKAL CERGAS DI BULAN RAMADHAN



- Jangan lewatkan waktu berbuka puasa. Mulakan berbuka puasa dengan mengambil makanan yang mengandungi gula ringkas seperti kurma, kuih, bubur atau jus buah supaya ia cepat memberi tenaga kepada badan setelah seharian berpuasa. Tapi, ambillah dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan dan boleh meningkatkan berat badan.

- Melewatkan waktu bersahur. Pilih makanan yang bergula kompleks seperti roti mil penuh, bijirin, oats atau nasi beras perang. Ia boleh membekalkan tenaga yang lebih lama kerana ia mengandungi serat yang memerlukan masa yang lama untuk dihadam. Selain itu, boleh juga makan nasi bersama dengan sayur atau sandwich dengan salad.

- Hadkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak. Ia lambat dihadam oleh badan dan boleh menyebabkan penghasilan asid perut yang berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan gejala pedih ulu hati dan ketidakselesaan pada perut. 

- Hadkan pengambilan makanan yang masin. Ia boleh menyebabkan badan memerlukan air yang banyak dan kerap dahaga. 

- Elakkan minum minuman berkafein terutamanya semasa bersahur. Kafein boleh menyebabkan kerap kencing dan mengakibatkan dehidrasi kepada badan. Ini boleh menyebabkan badan mudah letih.

- Makan makanan yang tinggi serat semasa berbuka puasa atau bersahur. Ini boleh mengelakkan gejala sembelit dan badan tidak mudah lapar.

- Minum air yang cukur terutamanaya semasa bersahur. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas air semasa bersahur bagi mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.

- Lakukan senaman ringkas seperti senamrobik, berjalan, membuat kerja rumah. Ini boleh meningkatkan metabolisma badan dan menyihatkan jantung.


No comments:

Post a Comment