Wednesday, July 10, 2013

TIP UNTUK KURANGKAN KETIDAKSELESAAN PADA PERUT SEMASA BERPUASA


  • ELAKKAN MAKAN SECARA BERLEBIHAN
    • Jika kita makan terlalu banyak, ia boleh menyebabkan tekanan yang tinggi di dalam perut dan boleh menghasilkan asid perut yang berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan pedih ulu hati kerana pengeluaran asid perut yang berlebihan.
  • MAKAN SECARA PERLAHAN
    • Ia baik untuk penghadaman dan mengelakkan daripada terlebih makan kerana perut mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menghantar signal kepada otak menyatakan ia sudah penuh.
  • HADKAN MAKAN MAKANAN BERGORENG
    • Makanan berminyak dan berlemak memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadam. Lebih lama masa yang diambil untuk proses pencernaan, lebih banyak penghasilan asid perut. 
  • HADKAN MAKAN MAKANAN YANG PEDAS
    • Makanan pedas boleh menyebabkan kembung dan sakit perut.
  • ELAKKAN MINUMAN BERKAFEIN
    • Kopi dan teh boleh meningkatkan pengeluaran asid perut yang boleh menyebabkan asid refluk. Selain daripada itu, ia juga bersifat diuretik yang menyebabkan kerap kencing. Gejala ini boleh menyebabkan dehidrasi kepada badan.
  • ELAKKAN DARIPADA BERBARING ATAU TIDUR SELEPAS MAKAN
    • Jangan tidur sejurus selepas makan berbuka atau bersahur kerana badan memerlukan masa untuk proses pencernaan. Tunggulah 2-3 jam sebelum tidur.
  • ELAKKAN DARI MEMAKAI PAKAIAN YANG KETAT
    • Pakaian yang terlalu ketat boleh menyebabkan asid reluks kerana tekanan yang tinggi pada perut.
  • LAKUKAN SENAMAN RINGKAS
    • Senaman ringkas seperti berjalan atau melakukan kerja rumah dapat membantu merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses pencernaan.
  • UBAT
    • Pastikan anda mengambil ubat seperti biasa semasa bersahur kepada yang mengalami masalah kesihatan seperti gastrik.

No comments:

Post a Comment