Tuesday, July 16, 2013

TIPS PUJUK ANAK MAKAN SEWAKTU BERSAHUR 



Mendidik dan memujuk anak untuk berpuasa pada usia muda memerlukan kebijaksanaan ibu bapa. Walaubagaimanapun, ia perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sesetengah anak sangat teruja untuk berpuasa mungkin kerana pengaruh kawan-kawan yang juga berpuasa. Tetapi, yang menjadi masalah adalah sewaktu mengejutkan untuk bersahur kerana terpaksa bangun di awal pagi. Selain itu, sesetengah daripada mereka tiada selera untuk makan di waktu pagi. Jadi, ibu bapa perlu bijak mengatasi masalah tersebut. 

Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan:

  • Berbincang dengan anak tentang menu yang ingin dimakan sewaktu bersahur. Atau,  masakkan makanan kegemaran mereka.
  • Kreatif dalam penyediaan makanan dengan mempelbagaikan jenis masakan. Ini boleh mengelakkan anak cepat jemu dengan masakan yang sama.
  • Sebaiknya, sediakan masakan panas untuk bersahur agar dapat membangkitkan selera anak.
  • Sediakan makanan yang berkuah seperti sup supaya mudah dimakan oleh anak.
  • Elakkan masakan yang pedas dan berempah. Ia tidak baik untuk perut anak yang boleh menyebabkan ketidakselesaan sewaktu berpuasa.
  • Minuman kegemaran anak seperti susu dan air coklat sesuai diminum oleh anak ketika bersahur untuk menambah tenaga.
  • Jangan lupa untuk berikan pujian atau kata-kata semangat bila anak berjaya habiskan makanan.


No comments:

Post a Comment