Sunday, July 21, 2013

MACAMANA NAK CUKUPKAN PENGAMBILAN AIR BULAN RAMADHAN?


Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk kesihatan. Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi yang akan membantutkan badan menjalankan fungsinya dengan normal. Malah, sedikit dehidrasi sahaja boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga dan memberi rasa letih. 

Setiap hari badan akan kehilangan air dengan bernafas, berpeluh, melalui air kencing dan pergerakan usus. Jadi, kita hendaklah mengambil air yang banyak untuk mengelakkan daripada masalah dehidrasi. Selain itu, kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. 

Macamana nak cukupkan pengambilan air sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari di bulan ramadhan? Sebenarnya, kita boleh cukupkan pengambilan air dengan mengambil kira bukan sahaja air kosong tetapi juga jus buah-buahan tanpa gula dan menghirup sup. Berikut adalah masa yang sesuai untuk minum air.

- Ambil 2 gelas air semasa berbuka puasa. 
- Ambil 2 hingga 3 gelas air sebelum tidur.
- Ambil 2 gelas air semasa bersahur.

Jadi, kita boleh cukupkan pengambilan air sekurang-kurangnya 6 hingga 7 gelas sehari walaupun semasa bulan puasa. Tapi ingat, sebaiknya cubalah minum air kosong atau jus buah segar tanpa gula. Pengambilan gula berlebihan daripada minuman boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan peningkatan berat badan. Sebaiknya, sediakan sendiri minuman di rumah bagi memastikan kebersihan terjamin...



No comments:

Post a Comment