HIPERTENSI (TEKANAN DARAH TINGGI)
Hipertensi juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi. Hipertensi adalah masalah kesihatan masyarakat di negara maju serta negara membangun termasuklah Malaysia. Di Malaysia, kebanyakan kes tekanan darah tinggi tidak dilaporkan. Lebih kurang 30 peratus kes tekanan darah tinggi tidak dikesan sehingga komplikasi lain seperti angin ahmar, serangan jantung, sakit buah pinggang timbul. Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan 1997 menunjukkan kadar berlakunya tekanan darah tinggi adalah 24 peratus dan dijangka akan meningkat kepada 40 hingga 45 peratus dalam masa 20 tahun yang akan datang. Bagi kes yang telah ditemui, 4.1 peratus tidak mendapat rawatan. Tekanan darah tinggi memberi kesan yang besar kepada kos perubatan.
Hipertensi diukur dengan mengukur tekanan sistolik dan tekanan diastolik.
- Tekanan sistolik adalah tekanan yang wujud apabila jantung mengecut dan darah dipam keluar.
- Tekanan diastolik adalah tekanan yang wujud apabila jantung mengendur dan darah dipam masuk
Contoh bacaan:
120mmHg (sistolik)
80mm Hg (diastolik)
Pengkelasan tekanan darah di kalangan dewasa (berumur 18 tahun dan ke atas)
Tekanan darah (mm Hg) Kategori Sistolik Diastolik Optimum <120 <80 Normal <130 <85 Normal tinggi 130-139 85-89 Hipertensi Tahap 1 ( ringan) 140-159 90-99 Tahap 2 (sederhana) 160-179 100-109 Tahap 3 (teruk) 180-209 110-119 Tahap 4 (sangat teruk) ≥210 ≥120
(Sumber: Joint National Committee on Prevention, Detection, Evaluation, and Treatment of High Blood Pressure)
SIAPA YANG BERISIKO TINGGI MENDAPAT HIPERTENSI?
Faktor Risiko Hipertensi:
- Sejarah keluarga
- Kegemukan (obesity)
- Tekanan darah yg melebihi normal
- Tekanan tau stress
- Pengambilan garam yg berlebihan
- Gaya hidup sedenteri
- Merokok
- Pengambilan alkohol
APAKAH SIMPTOM HIPERTENSI?
- Kerap kencing
- Susah bernafas
- Pening dan pitam
- Bunyi berdengung
- Kemurungan
- Muka panas dan merah
- Penglihatan kabur
- Bengkak kaki
- Hidung berdarah
- Bunyi berdengung
- Kemurungan
APAKAH KESAN HIPERTENSI?
- Hipertensi adalah berbahaya kerana ia akan membebankan jantung dan ini menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok.
- Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan penyakit berkaitan jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, buah pinggang dan otak serta kematian.
Kesan-kesan:

DIET KHAS UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI
(DIET RENDAH GARAM)
Apa Itu Garam?
~ GARAM atau nama saintifiknya NATRIUM (SODIUM) KLORIDA
Klorida ~60 %
Natrium (Sodium) ~ 40%
Apa Itu Diet Rendah Garam?
~ Diet rendah garam juga dikenali dengan Diet Rendah Sodium iaitu diet yang mengandungi kandungan Sodium ≤ 1500 mg sehari
Mengapa Perlu Diet Rendah Garam?
~ Diet ini perlu untuk mengurangkan penyakit darah tinggi, edema dan penyakit yang berkaitan dengan kerosakan buah pinggang. Pesakit perlu mengurangkan pengambilan garam di dalam pemakanan mereka
Bahaya Garam Berlebihan!
~ Boleh meninggikan tekanan darah
~ Serangan jantung
~ Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema)
Sumber Garam?
~ GARAM NYATA (Masin)
Iaitu Sodium Klorida (garam) yang kasar dan halus
~ GARAM TERSEMBUNYI (Tidak Masin)
Garam dalam makanan terproses (keropok dan kacang bergaram), makanan dalam tin, sup dalam tin, garam dalam makanan di awet seperti ikan/telur masin, belacan, budu, cencaluk, buah/sayur jeruk, Sodium Bikarbanat yang terdapat dalam baking powder, MSG yang terdapat dalam serbuk perasa, Sodium Benzoat atau Sodium Nitrat yang terdapat dalam minuman bergas dan minuman kotak.
Apa yang perlu saya buat?
ELAKKAN:-
~ Menggunakan garam dalam masakan (garam halus/kasar). Belajarlah menggunakan herba, rempah-ratus dan jus buah-buhan sebagai ganti garam seperti lemon, serai, kunyit dan sebagainya
~ Agen perasa – pati kiub/serbuk, belacan, petis, krim, mayonis, sos barbeku/tomato/cili/tiram, kicap masin/manis
~ Pati masakan – pati ayam/ikan/sayur/daging
~ Agen panaik – baking powder, sodum bikarbonat dan produknya
~ Makanan yang dijeruk/garam/masin/awetkan – telur/ikan/sayur masin, taucu, tosee, buah/sayur jeruk, budu, belacan, cencaluk, ikan bilis, udang kering
~ Makanan terproses - sardin lauk/makanan segera, ‘baked beans’, burger/sosej/ham/bacon/keropok/snek berperisa dan keju
~ Minuman bergas
Apakah Pula Makanan Yang Boleh Diambil Dengan Bebas?
~ Anda bebas mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang disukai. Pilih buah dan sayur yang masih segar, berwarna terang dan elok bentuknya. Anda juga bebas mengambil bijirin asli seperti beras, gandum dan barli
No comments:
Post a Comment