Sunday, May 17, 2009


MINYAK OLIVE : APA KEBAIKANNYA KEPADA KESIHATAN ?

                Minyak olive mengandungi lemak tak tepu iaitu ‘monounsaturated fat’ yang dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Minyak olive bertindak dengan mengurangkan kandungan kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

                Menurut Food and Drug Administration (FDA), pengambilan 2 sudu besar (23 gram) minyak olive sehari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Ianya lebih baik jika digantikan untuk lemak tepu.

                Semua jenis minyak olive mengandungi lemak tak tepu iaitu ‘monounsaturated fat’, tetapi minyak olive jenis ‘extra virgin’ atau ‘virgin’ lebih baik untuk kesihatan jantung. Minyak olive jenis ini mengandungi lebih tinggi kandungan ’polyphenols’ iaitu sejenis antioksida yang baik untuk kesihatan jantung anda.

                Tetapi, minyak olive mestilah digunakan dengan betul kerana ia mempunyai ‘lower smoking point’. Ini bermaksud minyak olive tidak sesuai digunakan dengan api yang kuat semasa memasak kerana ia akan mengubah struktur chemical minyak tersebut yang boleh menyebabkan pembebasan radikal bebas dan bertukar menjadi lemak trans (trans fatty acid).  Minyak olive tidak sesuai digunakan untuk menggoreng (deep fry) dengan masa yang lama. Ia hanya sesuai untuk digunakan semasa menumis (stir fry) atau dimasukkan ke dalam salad.

                Oleh itu, pilihlah minyak yang baik untuk kesihatan anda. Kurangkan pengambilan minyak yang mengandungi lemak tepu dan gantikan dengan lemak tak tepu.

No comments:

Post a Comment