TIP MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK DAN KOLESTEROL DALAM MAKANAN
- Ambil susu atau produk tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak
- Gantikan butter, planta atau marjerin keras dengan yang lembut (soft marjerin yang tinggi kandungan monounsaturated fat dan polyunsaturated fat)
- Hadkan pengambilan kuning telur kepada 2 atau 3 biji seminggu
- Elakkan atau hadkan pengambilan otak, organ dalaman haiwan dan makanan laut
- Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan dan pilihlah minyak sayuran
- Buang kulit ayam dan lemak pada ayam dan daging
- Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak
- Pilih kaedah memasak yang sihat seperti rebus, bakar, panggang atau kukus. Pilih kaedah yang kurang menggunakan minyak
- Gunakan kuali yang tidak melekat (non-sticky) semasa menggoreng dan gunakan sedikit minyak sahaja
- Gantikan penggunaan santan dalam masakan kepada susu rendah lemak atau susu tanpa lemak
No comments:
Post a Comment