Thursday, June 11, 2009

ANTIOKSIDA CEGAH KANSER

Antioksida adalah sejenis bahan yang terdapat dalam makanan yang mampu mencegah kanser. Ia melindungi daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan DNA yang boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain yang degeneratif (merosot). Saintis telah membuktikan bahawa radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan, kanser, sakit jantung, stroke, arthritis, katarak, Parkinson, allergic dan pelbagai jenis penyakit lagi. Antioksida terdiri daripada beta karotena, lycopene, vitamin C, E dan A. Antara makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi termasuklah lobak merah, tomato, sesetengah sayur dan kacang.

Apa Penyebab Terjadinya Radikal Bebas?

Penyebab utama terjadinya redikal bebas adalah merokok, pencemaran udara, stress, alcohol, pestisid, cahaya UV, makanan yang dibakar hangus atau karsinogen, dan sesetengah ubat-ubatan.

Bagaimana Antioksida Dapat Mencegah Daripada Kanser?

Antioksida mencegah kanser melalui tiga cara iaitu: memusnahkan radikal bebas, meningkatkan sistem imun badan yang akan memusnahkan sel yang rosak, dan mengurangkan kebarangkalian sel kanser melekat pada organ dan gland.

Makanan Kaya Antioksida

Antioksida banyak terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin. Ia juga terdapat dalam makanan berikut:

Beta-karotene banyak terdapat dalam makanan yang berwarna oren seperti ubi kentang, karot, apricot, labu, dan mangga. Sesetengah sayuran hijau juga mengandungi beta karotene seperti bayam dan kale.

Lutein, dikenali untuk mata yang sihat dan banyak terdapat dalam sayuran hijau seperti bayam dan kale.

Lycopene adalah antioksida yang terdapat pada tomato, tembikai, jambu batu, betik, apricot, oren dan anggur.

Selenium adalah mineral dan bukannya antioksida. Tetapi, ia adalah komponen untuk enzyme antioksida. Tumbuhan yang kaya selenium adalah nasi dan bijirin.

Vitamin A terdapat dalam tiga jenis: retinol (Vitamin A1), 3,4-didehydroretinol (Vitamin A2), and 3-hydroxy-retinol (Vitamin A3).Makanan yang kaya vitamin A adalah ubi keledek dan karot.

Vitamin C yang juga dikenali sebagai askorbik acid boleh didapati dalam bijirin dan buah-buahan seperti epal, oren, mangga, nenas, raspberi, strawberi, blueberi, pear, grapefruit dan kranberi.

Vitamin E yang juga dikenali sebagai alpha-tocopherol, banyak terdapat dalam minyak seperti safflower, soybean dan dalam sayuran hijau, bijirin penuh, avocado, almond, olive, mangga, kacang, brokoli dan lain-lain.

Selain itu, makanan ini juga tinggi kandungan antioksida: teh hijau, kunyit, gingko biloba, kacang pecan, kekacang dan koko.

Kesimpulannya, pengambilan antioksida yang tinggi dalam diet harian dapat membantu dalam memperlahankan proses penuaan, meningkatkan sistem imun, dan mengurangkan risiko penyakit kanser, jantung, arthritis dan pelbagai jenis penyakit lagi.

2 comments:

  1. sejauh mana kebenaran iklan Nescafe yang mendakwa produk mereka mengandungi anti oksida yang tinggi?

    ReplyDelete
  2. Salam. Kopi memang mempunyai kandungan antioksida yg baik utk kesihatan. But, too much caffeine in coffee can cause restlessness, anxiety, irritability, tremors, sleeplessness, headaches, gastrointestinal symptoms and abnormal heart rhythms. In some individuals, caffeine can increase blood pressure. Some people are extra sensitive to even slight amounts of caffeine.

    For most people, it appears that a moderate daily intake of coffee (two cups) doesn't seem to hurt and may even help.

    Jadi, lebih baik utk memilih antioksida drpd sumber lain terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran yg telah terbukti tinggi kandungan antioksidanya, malah mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral.

    ReplyDelete