Monday, June 22, 2009

Tahukah Anda?

Ke mana Lemak Dalam Badan Akan Menghilang Selepas Anda Berjaya Menurunkan Berat Badan?

  • Apabila anda mengurangkan pengambilan kalori daripada yang diperlukan, badan akan menggunakan lemak (triglicerides) untuk penghasilan tenaga.
  • Melalui proses yang kompleks, 'triglicerides' akan menghasilkan dua komponen yang berlainan iaitu 'glycerol' dan 'fatty acid'. Kedua-dua komponen ini akan diserap ke dalam hati, buah pinggang dan otot. Di sini, komponen tersebut akan melalui proses kimia yang akan menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh badan.
  • Melalui proses ini, suhu yang sesuai dengan keadaan suhu badan akan dihasilkan. Proses ini juga menyebabkan penghasilan air dan karbon dioksida yang akan dibuang melalui air kencing dan pernafasan.

No comments:

Post a Comment