Wednesday, June 17, 2009

TIP MENGATASI MASALAH PENGAMBILAN MAKANAN UNTUK WARGA EMAS

Tidak boleh mengunyah dan menelan makanan dengan betul

• Potong atau cincang makanan menjadi potongan kecil. Lecek, blend atau puri makanan tersebut sekiranya perlu.

• Masak makanan sehingga lembut.

• Pilih makanan yang berkuah, bersup atau berair seperti bubur.

• Makan makanan yang kering bersama sup dan boleh diselang-selikan dengan minum air.

• Elakkan makanan yang keras, terlalu pejal, bergetah atau melekit.

Tidak boleh rasa makanan seperti dahulu atau kurang deria rasa

• Sediakan makanan dengan menggunakan herba, rempah ratus, halia, daun bawang, bawang putih, lemon, limau atau asam jawa untuk memberi perisa pada makanan.

• Kurangkan penggunaan sos atau garam dalam penyediaan makanan.

Mulut selalu kering

• Banyakkan minum air untuk melembapkan mulut sebelum makan.

• Makan acar atau kerabu yang dapat memberikan rasa masam sebagai pembuka selera untuk merangsangkan penghasilan air liur. Jangan rangsang penghasilan air liur dengan makanan bergaram seperti ikan masin, telur masin dan sayur masin.

Ada masalah penghadaman

• Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga hancur.

• Ambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap sepanjang hari.

• Kurangkan pengambilan kafein selepas makan.

• Elakkan daripada makanan yang pedas dan berempah.

• Elakkan makanan bergoreng atau tinggi lemak.

• Lakukan aktiviti fizikal ringkas untuk membantu proses penghadaman.

Tiada selera untuk makan

• Makan makanan yang digemari.

• Elakkan dari makan bersendirian. Makanlah bersama keluarga untuk meningkatkan selera makan.

• Tetapkan waktu makan.

• Pilih snek yang tinggi khasiat seperti biskut bijirin penuh atau sandwic telur/sardin.

• Jadikan setiap hidangan berkhasiat dengan menambahkan daging cincang, ikan, tauhu, telur, kentang atau kekacang kepada bubur,mi atau sup.

• Hidangkan makanan dengan cara yang menarik dan menyelerakan.

No comments:

Post a Comment