Wednesday, January 20, 2010

Minuman Tenaga (Energy Drink) Boleh Meningkatkan Tenaga Anda?

Sekadar gambar hiasan

Tahukah anda apa itu energy drink? Energy drink ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga anda tetapi ia hanyalah untuk jangka masa yang singkat. Tenaga tersebut dibekalkan oleh kandungan gula dan kafien yang tinggi daripada minuman tersebut. Walaupun pelbagai jenis gula yang digunakan, ia tetap boleh menyumbang kepada berlebihan berat badan. Ini kerana, kuantiti gula yang tinggi akan menyumbang kepada kalori yang berlebihan.

Kandungan kafien yang tinggi juga adalah penyumbang kepada tenaga. Tetapi, jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan, ia boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan seperti berasa gementar, meningkatkan tekanan darah, sukar tidur, dan jantung berdegup laju.

Jika anda mengambil energy drink hanya untuk mengelakkan rasa letih, lebih baik pilih cara yang lebih sihat dan selamat dengan hanya dapatkan tidur yang cukup, senaman secara konsisten dan amalkan diet yang sihat/seimbang. Strategi ini bukan sahaja dapat meningkatkan tenaga, ia juga boleh membuatkan anda sihat sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment