Tuesday, April 23, 2013

AIR: BERAPA BANYAK ANDA PATUT MINUM SETIAP HARI?  

Keperluan air bergantung kepada banyak faktor seperti tahap kesihatan, tahap keaktifan badan dan tempat tinggal anda.

APA FUNGSI AIR UNTUK BADAN?

Sumber: FB
Air adalah komponen utama badan yang terdiri daripada ~ 60% berat badan anda. Setiap sistem dalam badan bergantung kepada air. Contohnya...air boleh...
  1. Mengurangkan beban kepada buah pinggang dan hati dengan membuang toksin daripada badan
  2. Membawa nutrien ke sel-sel badan
  3. Menyediakan persekitaran yang lembap untuk hidung, telinga dan tekak
  4. Melindungi organ dan tisu badan
  5. Melembapkan sendi-sendi
  6. Mengawal suhu badan
  7. Mencegah sembelit
  8. Mencantikkan kulit
  9. Menambah tenaga
  10. Membantu turunkan berat badan
Kekurangan air pula boleh menyebabkan dehidrasi yang akan membantutkan badan menjalankan fungsinya dengan normal. Malah, sedikit dehidrasi sahaja boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga dan memberi rasa letih.

BERAPA BANYAK AIR YANG BADAN KITA PERLUKAN?

Sumber: Google
 Setiap hari badan akan kehilangan air dengan bernafas, berpeluh, air kencing dan pergerakan usus. Jadi, kita hendaklah mengambil air yang banyak untuk mengelakkan daripada masalah dehidrasi.

Keperluan air untuk orang dewasa adalah 8 hingga 12 gelas sehari. Ia juga bergantung kepada aktiviti harian yang kita lakukan seperti jenis pekerjaan, senaman, persekitaran, status kesihatan dan ibu yang menyusukan bayi. 

Contohnya, jumlah keperluan air bagi orang yang sedang sakit seperti demam panas, cirit-birit, muntah yang teruk, gout dan terkena jangkitan kuman mungkin akan meningkat. Manakala, bagi sesetengah penyakit seperti sakit jantung dan kegagalan buah pinggang, mereka mungkin perlu mengurangkan kuantiti pengambilan air berdasarkan status penyakit mereka.

Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi pula, mereka disarankan untuk ambil 10 hingga 13 gelas air sehari bagi mengelakkan dehidrasi.

Tapi, banyakkan minum air putih berbanding dengan air manis yer..... ;)


No comments:

Post a Comment