Tuesday, April 16, 2013

BAIK BURUK DIET TINGGI PROTEIN, RENDAH KARBOHIDRAT

Diet jenis ini bukanlah fenomena baru dalam kehidupan kita. Diet ini sangat popular dikalangan orang yang ingin turunkan berat badan dengan cepat. Malahan, ia mula digunakan oleh sesetengah produk MLM untuk melariskan jualan produk mereka. Mungkin kita pernah dengar mengenai Atkins diet. Haa, inilah contoh diet yang mengaplikasikan tinggi protein dan rendah karbohidrat ini.

Tapi, berapa gram protein yang dikategorikan sebagai tinggi dan berapa gram pula dikategorikan sebagai rendah karbohidrat? Ia sebenarnya bergantung pada keperluan kalori individu. Keperluan harian protein yang normal adalah 0.8-1.0 g/kg berat badan. Jadi, jika lebih daripada ini lah yang dikategorikan sebagai tinggi protein. Untuk berat badan 50 kg, kita memerlukan 40-50 gram protein.  Daging/ayam/ikan sebesar saiz kotak mancis mengandungi 7 gram protein. Cuba kita kira...Dan, jangan lupa sesetengah karbohidat juga mempunyai kandungan protein. Contohnya, 1 keping roti/3 keping biskut/1 senduk nasi mempunyai 2 gram protein.

Manakala, terdapat pelbagai versi untuk rendah karbohidat contohnya, Atkins diet meletakkan kurang daripada 20 gram sehari. Sesetengah daripada mereka meletakkan pengambilan yang kurang daripada 100 gram sehari. Karbohidrat untuk sekeping roti atau sesenduk nasi adalah 15 gram. Jadi, cuba kita kira...emm..sangat sikit kan..

Okla, berbalik pada tajuk baik buruk mengamalkan diet tinggi protein rendah karbohidrat ni. Cuba kita tengok senarai di bawah.


BAIK vs BURUK


- Berat turun dengan cepat.
Karbohidrat membekalkan sumber tenaga kepada badan untuk menjalankan fungsi tertentu. Apabila kita mengurangkan pengambilan karbohidrat, badan akan mula menggunakan karbohidrat yang disimpan di dalam otot yang dikenali sebagai 'glycogen'. Ini akan menyebabkan kita kehilangan otot dan sebahagian besar air tersimpan di dalam otot juga boleh menyebabkan badan kehilangan banyak air. Jadi, tidak mustahil lah kita boleh menurunkan berat yang banyak jika badan kehilangan air dan otot. Proses ini juga boleh merendahkan kadar metabolisma badan.

- Berat naik semula secara drastik.

Diet jenis ini sangat susah untuk diamalkan untuk jangka masa yang lama. Mana mungkin kita mengelakkan diri daripada makan roti/mee/nasi/biskut/bijirin dalam diet harian untuk jangka masa yang lama kan?. Bila kita mula amalkan diet seperti sediakala, berat akan naik mendadak. Ini dikenali sebagai 'yo-yo dieting'.

- Badan kurang lapar.
Apabila kurang pengambilan karbohidrat, badan akan kurang hasilkan insulin yang boleh kurangkan nafsu makan. Selain tu, protein juga lambat dihadam berbanding karbohidrat.

- Kurang serat.
Makanan yang tinggi protein terutama dari sumber haiwan (daging/ayam/ikan/telur/susu) rendah kandungan serat. Keadaan ini boleh menyebabkan sembelit.

- Ketones.
Apa tu? Tak pernah dengar? Ketones adalah sejenis bahan buangan bila badan kita mula pecahkan lemak yang disimpan untuk menghasilkan tenaga setelah kehabisan glycogen. Ketones sangat bahaya kepada badan kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan nafas mulut berbau.

- Masalah buah pinggang.

Jika diet jenis ini diamalkan dalam jangka masa yang lama, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang kerana protein yang berlebihan tidak disimpan di dalam badan sebaliknya dibuang melalui buah pinggang. Jadi, ia tidak sesuai untuk jangka masa panjang.

~ Tiada jalan mudah untuk turunkan berat badan kecuali dengan mengamalkan diet yang seimbang dan senaman yang konsisten ~


No comments:

Post a Comment