Wednesday, April 17, 2013

SEMBELIT: APA NAK BUAT?

Sumber:google

Agak ramai dikalangan kita pernah mengalami gejala sembelit. Bagi sesetengah individu, mereka sudah agak lali dengan keadaan ini dan hanya bergantung kepada ubat atau suplemen sahaja. Ada cara yang boleh kita praktikkan untuk atasi masalah sembelit ni. Cuba gunakan cara ini atau jika masalah sembelit anda masih berulang, dapatkan pemeriksaan lanjut dengan berjumpa dengan doktor.

  1. Amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Ia mengamdungi serat larut dan tidak larut yang akan memasuki saluran pencernaan anda dan menyerap air untuk melembutkan sisa buangan. Ia juga membantu pergerakan sisa buangan sepanjang usus. Ambillah 2 biji/potong buah dan 3 senduk sayur sehari.
  2. Minum air yang cukup. Air sangat membantu untuk melembutkan sisa buangan yang mengeras. Serat juga perlukan air untuk melakukan fungsinya. Seeloknya, minum 2 hingga 3 liter air sehari atau sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  3. Ambil probiotik. Ia terdapat pada yogurt dan minuman susu kultur yang mengandungi bakteria yang baik untuk usus. Ia juga memerlukan makanan iaitu prebiotik yang boleh didapati dari serat. Jadi, kombinasi probiotik dan prebiotik ini boleh melancarkan proses penghadaman di dalam usus anda.
  4. Lakukan senaman dengan konsisten. Senaman boleh mengaktifkan otot-otot pada usus dan melancarkan proses pencernaan. Gaya hidup yang tidak aktif adalah salah satu penyebab kepada sembelit.
  5. Elakkan daripada stres. Tekanan boleh mengganggu pergerakan sistem percernaan dan seterusnya menyebabkan sembelit. Kawal diri daripada stres.
  6. Elakkan diri dari menahan untuk membuang air besar. Keaadan ini boleh menyebabkan usus menjadi malas dan tidak aktif. 
  7. Lain-lain. Bagi sesetengah individu, buah prun, pisang, betik atau minum kopi boleh menjadi memudahkan mereka membuang sisa buangan.

Macamana nak tahu samada kita mengalami sembelit atau tidak?  Sembelit berlaku bila kita membuang air besar dengan susah dan sisa buangan yang mengeras dengan frekuensi kurang dari 3 kali seminggu. Haa..cuba cek untuk diri-sendiri..Nak tahu macamana bentuk sisa buangan tu? Cuba tengok carta kat bawah ni...

Sumber: wbalqis.blogspot.com

~ Yang group biru tu la bentuk najis orang yang sembelit/constipation
~ Yang group kuning pula najis normal.
~ Yang group pink tu najis orang yang mengalami cirit-birit/diarrhea.

Lepas ni, boleh la cek sendiri ya..Pastikan anda amalkan pemakanan yang seimbang untuk dapatkan usus yang sihat...


1 comment: