Wednesday, June 5, 2013

Apa sebenarnya Dietitian buat yer...hehe..just sharing..

Sebenarnya, banyak yang dietitian buat bergantung pada work field masing-masing. Contohnya, clinical dietitian akan bekerja di hospital atau klinik & jumpa pesakit dari pelbagai latar belakang dengan pelbagai status kesihatan. Catering dietitian pula akan membuat plan menu berdasarkan status pesakit. Sport dietitian pula akan memberi nasihat kepada atlet berkenaan diet yang boleh membantu mengoptimumkan prestasi sukan dan memulihkan kecederaan jika berlaku.  Community dietitian akan mengadakan ceramah, melawat rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah kebajikan bagi memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga pemakanan yang sihat. Freelance dietitian akan mengendalikan pesakit atau orang awam dari pelbagai latar belakang samada di klinik, sektor swasta atau tempat awam. Research dietitian akan membuat penyelidikan berkenaan dengan bidang kesihatan.  Tapi, macamana mereka boleh membantu anda? 

  1. Mendidik dan menasihati orang ramai tentang bagaimana makanan dan tabiat makan yang sihat boleh mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan yang optimum.
  2. Mendidik dan menasihati pesakit tentang bagaimana diet terapeutik dan terapi pemakanan boleh meningkatkan pengurusan keadaan mereka.
  3. Mengira keperluan pemakanan individu berdasarkan status kesihatan masing-masing.
  4. Menganalisis kandungan nutrisi makanan.
  5. Merangka pelan pemakanan dan memanipulasi resipi kepada yang lebih sihat dan berkhasiat.
  6. Menyampaikan ceramah kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak dan kumpulan pesakit.
  7. Memberi pendidikan kesihatan kepada golongan profesional berkenaan penjagaan kesihatan tentang makanan dan isu-isu pemakanan.
  8. Bekerja dengan syarikat-syarikat besar untuk menyokong kesejahteraan program untuk kakitangan.
  9. Menasihati jabatan katering tentang keperluan pemakanan tertentu.
  10. Menjalankan klinik pesakit luar di hospital atau klinik untuk pesakit yang telah dirujuk oleh perunding hospital, doktor atau pelawat kesihatan.
  11. Menasihati atlet tentang bagaimana diet boleh mengoptimumkan prestasi dan pemulihan daripada kecederaan.
  12. Membuat lawatan ke rumah-rumah anak yatim/orang tua/kebajikan masyarakat.
  13. Menyediakan maklumat, risalah dan bahan-bahan promosi yang lain.
  14. Menulis untuk media, media sosial dan perhubungan awam.
  15. Menjalankan penyelidikan yang berterusan.
  16. Memberi khidmat nasihat kepada industri makanan dan farmaseutikal.





No comments:

Post a Comment